بسم الله الرحمن الرحيم
Salam 1 Belia , Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah , semalam 1 November 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Sri Gading. Pada tahun ini ada sedikit kelainan kerana ianya buat kali pertama selapas pindaan akta pertubuhan belia dan jawatankuasa yang sedia ada adalah penaja. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dengan bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Pada mesyuarat kali ini juga memilih barisan kepimpinan yang baru bagi menerajui Gerakan Belia 4b Kawasan Parlimen Sri Gading bagi sesi 2009 - 2012. Sdr. Daud telah menag tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi Kawasan , manakala bagi jawatan timbalan ada sedikit salah faham tetapi bagi belia yang mempunyai wawasan yang tinggi ianya dapat diselesaikan dengan jawatan tersebut berpihak kepada Saudara Majdan. Bagi jawatan-jawatan lain ianya begitu selesa dengan tanpa ada mana - mana pencabar dan secara automatik menang tanpa bertanding. Saya sejali lagi dicalonkan dan keputusannya seperti yang saya nyatakan tadi.
Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada cawangan-cawangan yang mencalonkan saya begitu juga pada rakan-rakan dalam Gerakan Belia 4B . Saya sedayanya akan cuba menjalankan tugas yang diberikan dan akan cuba memberikan khidmat yang sebaik mungkin.
Sekitar Mesyuarat GB4B Parlimen Sri Gading:
Sdr. Daud
Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading
Sdr Majdan
Timbalan Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading
Sdr. Sharul Anuar
Ahli Jawatankuasa GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading
Menerima Sijil Pertubuhan Belia Malaysia
Antara Perwakilan yang hadir
Sdr. Ar. Hamka
Mantan Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading
Barisan Kepimpinan GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading
Pewarisbangsa
Salam