Monday, April 20, 2009

TRANFORMASI




Assalamualaikum dan salam perpaduan............


Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam, Selawat dan salam kepada baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat.


Alhamdulillah , Dengan izin ALLAH S.W.T. serta limpah kurnia kemurahan limpah rezqiNYA, saya telah berjaya dalam pemilijan jawatan Naib Pengerusi 1 PEMADAM Daerah Batu Pahat pada hari sabtu yang lalu. Ucapan Jutaan terima kasih kepada keluarga yang memberikan sokongan dalam membuat kerja-kerja NGO ini. Sekalung penghargaan kepada Bonda angkat Pn Hjh Omi Kalthum Bte Dato' Hj Taha dan juga Guru saya Pn Hjh Zabidah bte mahadi yang memberikan dorongan untuk saya mengisi borang pencalonan dan memberikan semangat serta berkempen untuk saya. Tidak dilupakan kepada semua perwakilan yang memberikan sokongan dengan memberikan undi kepada saya. Kemengan ini juga turut saya berkongsi kepada pesaing saya iaitu Penghulu Tn Hj Mansor b Hj Yusof (Penghulu Kanan Batu Pahat) yang mana saya begitu menghormati kepimpinan beliau di peringkat mukim.


Kepada Jawatankuasa baru saya ingin memohon kerjasama daripada semua agar memberi tunjuk ajar kepada saya yang muda dan kurang arif di dalam pelbagai perkara, dan menjadi adat yang muda hormat yang tua, yang tua bantu yang muda.


Perkara pertama yang saya akan buat ialah mewujudkan Laman Blog untuk PEMADAM Daerah Batu Pahat. Ini ialah bertujuan untuk mempublisitikan PEMADAM Daerah Batu Pahat yang jarang-jarang dan kurang tahu tentang fungsi PEMADAM. Selain itu banyak bahan daripada bengkel-bengkel yang boleh di masukkan ke dalam blog untuk pengetahuan kita bersama dalam usaha membasmi najis dadah musuh utama negara.


Saya berharap dengan wujudnya blog itu nanti boleh rakan-rakan belia memberikan pendapat dan berbincang maslah tersebut.


Sekian dahulu daripada saya dan berjumpa di pertemuan yang akan datang


"DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"