Thursday, November 26, 2009

سلامت هاري راي عيد الأضحى

الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لااله الاالله هو الله اكبر الله اكبر ولله الحمد





الفقير إلى الله


شاه الأنوار




PEWARISBANGSA

Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS ANUGERAH DEKAN KALI KE 3 KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR MARSAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي أنزل فيه القرءان وألهمنا بنور الإيمان والإسلام وحبيبنا وشفيعنا سيد الأنام سيدنا محمد صلى الله عليه وال وسلم , امابعد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah pertama-tama dan selama-lamanya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana telah memberikan nikmat akal dan kefahaman mengenai ilmu yang dituntut, berkat dari itu Alhamdulillah keputusan saya pada semester yang agak baik dan telah diberi anugerah dekan oleh pihak kolej.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang agak ringkas bertempat di dewan kuliah 1 MARSAH telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Mohamed Salleh b Sanwan dan dihadiri oleh timbalan ketua eksekutif, pendaftar, ketua-ketua jabatan, para pensyarah dan penerima-penerima anugerah dekan seramai 155 orang. Pihak melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai dan peratusan yang mendapat 3.5 keatas meningkat sehingga 40%.

Pada majlis itu satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Mohd Nasir b Hj Amir selaku Timbalan Pengerusi Eksekutif MARSAH yang banyak perkara yang beliau kaitkan tentang kejayaan dan motivasi untuk yang bergelar pelajar.






Saya begitu terharu apabila 5 orang ahli bilik saya menerima anugerah dekan dan hanya seorang sahaj yang tidak tersenarai tetapi markahnya begitu hampir 3.5. Itulah yang dinamakan rezqi dan hak Allah untuk memberikan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki. Dan apa yang saya rasa sedkiti terkilan hanya saya sahaja wakil pelajar lelaki kumpulan saya yang menerima anugerah dekan. Tetapi saya akan jadikan satu harapan untuk bantu mereka supaya meraka dapat bersama-sama dengan saya untuk menerima anugerah pada semester depan.



Sekian , saya berharap kepada sekalian blogger agar mendoakan agar saya sentiasa mendapat kefahaman dalam menuntut ilmu dan berjaya di dunia dan di akhirat.


Al-Faqir ila Allah

Shah Al-Anuar



PEWARISBANGSA

Sunday, November 1, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN PARLIMEN SRI GADING



بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 1 Belia , Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah , semalam 1 November 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Sri Gading. Pada tahun ini ada sedikit kelainan kerana ianya buat kali pertama selapas pindaan akta pertubuhan belia dan jawatankuasa yang sedia ada adalah penaja. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dengan bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Pada mesyuarat kali ini juga memilih barisan kepimpinan yang baru bagi menerajui Gerakan Belia 4b Kawasan Parlimen Sri Gading bagi sesi 2009 - 2012. Sdr. Daud telah menag tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi Kawasan , manakala bagi jawatan timbalan ada sedikit salah faham tetapi bagi belia yang mempunyai wawasan yang tinggi ianya dapat diselesaikan dengan jawatan tersebut berpihak kepada Saudara Majdan. Bagi jawatan-jawatan lain ianya begitu selesa dengan tanpa ada mana - mana pencabar dan secara automatik menang tanpa bertanding. Saya sejali lagi dicalonkan dan keputusannya seperti yang saya nyatakan tadi.

Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada cawangan-cawangan yang mencalonkan saya begitu juga pada rakan-rakan dalam Gerakan Belia 4B . Saya sedayanya akan cuba menjalankan tugas yang diberikan dan akan cuba memberikan khidmat yang sebaik mungkin.

Sekitar Mesyuarat GB4B Parlimen Sri Gading:



Sdr. Daud
Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading


Sdr Majdan
Timbalan Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading


Sdr. Sharul Anuar
Ahli Jawatankuasa GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading


Menerima Sijil Pertubuhan Belia Malaysia


Antara Perwakilan yang hadir


Sdr. Ar. Hamka
Mantan Pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading


Barisan Kepimpinan GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading



Pewarisbangsa

Salam