Sunday, February 1, 2009

Kembali Menulis

Salam
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada baginda junjungan nabi s.a.w. yang memberi syafaat kepada di akhirat kelak.
Pertama - tamanya saya besyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan saya akal fikiran yang waras dan kehidupan yang penuh nikmat. Setelah sekian lama saya tidak menulis dan menyepi kerana tidak punya idea yang hendak di tulis. Tetapi sejak akhir-akhir saya punya banyak perkara yang ingin dikongsi bersama......
Kita di slot AKAN DATANG
PEWARIS AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday, December 2, 2008

MAC 2009

1. Negara tertunggu-tunggu Mac 2009 di waktu mana peralihan kuasa dikatakan akan berlaku.

2. Kepercayaan bahawa ini akan berlaku diasaskan kepada pengumuman oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dia akan serah jawatannya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak pada tarikh tersebut. Abdullah juga menyatakan yang dia tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Justeru tidak ada bahagian yang mencalonkan Abdullah sebagai Presiden.

3. Biasanya sesiapa yang menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen. Tetapi ini tradisi sahaja. Jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

4. Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian sementara Haji Hadi adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

5. Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan.

6. Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

7. Jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno, kemungkinan ini berlaku tidak mustahil. Mereka tidak akan menentang Abdullah kerana mereka amat selesa dengan kepimpinan beliau dan nikmat tertentu yang mereka dapati darinya.

8. Tetapi pengekalan Abdullah sebagai PM tetap akan menyemarakkan kebencian rakyat kepada Umno dan BN. Politik akan bergolak sepanjang masa sehingga pilihanraya. Dan apabila datang pilihanraya percayalah majoriti rakyat akan tolak Umno dan BN.

9. Rakyat tidak berminat dengan parti-parti lawan tetapi mereka tidak ada pilihan. Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.

10. Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009.

11. Demikian juga jika Abdullah cuba terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009, rakyat harus beri mesej yang jelas yang UMNO serta BN akan dikalahkan.

12. UMNO pimpinan perasuah dan perosak tidak harus diberi kuasa memimpin negara yang tercinta ini.

13. Kerosakan yang telah dilakukan selama lima tahun Abdullah menerajui Kerajaan Malaysia sudah cukup buruk. Fikirkanlah akan keburukan yang akan dilakukan kepada UMNO dan negara apabila seluruh kepimpinan Kerajaan terdiri daripada perasuah.

14. Dalam UMNO sekarang sudah ada orang yang berpendapat kalau ini adalah kali terakhir mereka akan dapat sogokan, lebih baiklah mereka menerima. Sekurang-kurang mereka akan kecapi "nikmat" sekali. Mungkin tidak akan ada peluang lagi. Apa jadi kepada UMNO, bangsa dan negara adalah masalah lain, bukan masalah mereka. Bagi mereka "nikmat" tidak boleh ditolak, walaupun hanya RM100.

15. Bagi mereka ini generasi akan datang akan kutuk mereka apabila orang Melayu di Malaysia sudah jadi seperti orang Melayu di Singapura di mana mereka menjadi "hamba" kepada kaum-kaum lain. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu kerana lebih sedia disogok daripada mempertahan dan memelihara kuasa bangsa.


By Tun M

PEWARIS BANGSA

Wednesday, October 22, 2008

JANJI ALLAH ITU PASTI

Salam,,,,

Selalu kita mendengar " Doa orang yang teraniaya akan di kabulkan Allah" , Alhamdulillah pagi tadi semasa saya dalam perjalanan pulang ke kampus saya menerima satu sms yang amat menggembirakan hati bagi semua pihak yang mahukan perubahan , calon ketua pemuda yang dibatalkan dari menyertai pertandingan pada sabtu ini telah dihidupkan semula pencalonannya. Ingin saya menyeru kepada semua ahli pemuda agar memikirkan calon yang terbaik untuk membawa perubahan kepada parti UMNO yang kian pudar dan hilang di kalangan anak muda. Jangan biarkan mereka membenci parti yang memerdekakan negara ini, jangan biarkan mereka hilang kepercayaan terhadap parti yang telah membawa kemajuan kepada negara yang bertuah ini. Kalau boleh kita wariskan mereka dengan kepimpinan parti yang keramat ini, jangan di biar mereka yang tak bermaruah yang mementingkan keluarga sendiri , yang mementingkan isi perut sendiri , yang mementingkan kuasa dan harta menjadi pemimpin kepada anak muda pada masa hadapan.

Ingin saya tegaskan sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu mewariso pemimpin yang haprak, yang gila kuasa, yang menyekat pembaharuan di dalam parti dan negara yang tercinta ini. Kami orang muda mahu menjadi pewaris kepada bangsa yang bermaruah, berdaulat bukan mewarisi bangsa yang murah nilai jati diri nya.

Umum mengetahui yang mana ketua bahagian itu telah memukul canang dan gendang dengan mengisytiharkan bahawa anaknya selaku calon ketua pemuda telah menang tanpa bertanding. Dengan senyuman yang meleret disertakan tambahan riak yang sememangnya ada pada dirinya telah bersalam-salam dengan semua yang hadir ketika taklimat itu. Tetapi dua beranak ini lupa akan rukun iman yang ke 6 iaitu QADA' dan QADAR Allah SWT. Lihat lah dengan sekelipan sahaja keputusan yang di umumkan itu berubah dan di mana mahu di letak muka yang hina itu bila para perwakilan tertanya - tanya apakah keputusan ini, dan saya mengharapkan para perwakilan yang terpilih ke persidangan itu agar bijak memilih calon yang akan menerajui pemuda bahagian itu nanti.

Jangan sekali-kali kita lupa akan perkataan ada lagi, kalau kita fikir diri kita hebat ada lagi yang lebih hebat, kalau kita fikir diri kita berkuasa ada lagi yang lebih berkuasa, kalau kita fikir diri kita lemah ada lagi yang lebih lemah, ingat lah wahai sekalian rakan perkataan ADA LAGI ini selagi kita masih berada di alam tumpangan yang sementara ini.


Salam Perjuagan


PEWARIS BANGSA


Monday, October 20, 2008

POLITIK YANG MENJIJIKKAN

Salam...

Setelah agak lama saya memendam tidak menulis di dalam blog, kini ada sedikit isu yang ingin saya bawakan kepada pembaca sekalian. Pemilihan yang sedang berjalan ketika ini menggambarkan ada beberapa pihak mementingkan diri dan keluarga. Kerana mahu mewarisi kuasa sanggup dibuat dan direnca pelbagai durjana bagi menggagallkan apa jua rancangan merka yang ingin melawan keluarga ini. Memang benar kuasa kepimpinan itu mesti diwarisi tetapi tidak pada keluarga sendiri yang tidak mampu untuk membuat apa-apa perubahan. Ini bukan yang kita harap-harapkan, yang kita harapka mereka yang punyai misi dan visi bagi membawa perubahan yang di inginkan oleh semua pihak.
Pembatalan dan penggantungan adalah habuan yang menanti bagi mereka yang dianggap tidak layak dan menderhaka kepada pemimpin yang mementing perut dan untuk terus kekal berkuasa. Jika perbuatan ini di teruskan dan di amalkan maka kita tunggu dan lihat pada pilihanraya akan datang kerajaan yang sedia ada ini akan berpindah kepada pembangkang yang memang menunggu saat-saat merampas negara ini daripada kerajaan yang sedia ada yang tamakkan kuasa dan mementingkan diri tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi.
Jangan salahkan anak cucu cicit apabila mereka kencingkan kubur-kubur para pemimpin sekarang ini yang tidak mahu membuat perubahan. Nasi kalau jadi bubur masih boleh dimakan tapi kalau dah jadi kerak ,,,, dah la hangit , tak boleh makan pulak tu , kalau di bagi ayam makan kerak di kais-kais tak mahu makan. Ayam pun pandai memilih, tak gitu pembaca sekalian.
Kenapa saya kata politik ini menjijikan, kotor dan sebagainya kerana politik ini lah sebenarnya punca perpecahan sesama kita , sesama bangsa , sesama masyarakat, sesama belia. Mereka ini berbalah kerana ideologo yang berbeza. Apabila ini berlaku soal yang sepatutnya dibincang bersama tentang permasalam negara , permasalahan dadah sebagai musuh negara akan tidak diambil endah kerana lebih mementingkan politik yang sebenarnya punca kemusnahan yang kita tidak sedar.
Pembaca sekalian fikir-fikirkanlah dengan sewajarnya apabila kita membuat pilihan dalam memilih pemimpin. Jika tersalah akan buruk padahnya....
Salam Perjuangan
PEWARIS BANGSA

Friday, October 17, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitrie 1429/2008

Salam

Tidak terlalu lambat rasa nya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya. Maaf lah lama tak masuk ke blog ini kerana ketiadaan kelengkapan yang secukupnya untuk menulis. Sempena bilan baik tak perlu lah kita nak mengata sesama kita tetapi kalau orang sudah tidak hormat kita ,,,,, harus untuk kita menyatakan apa yang sepatutnya di nyatakan ......


Salam Perjuangan

PEWARIS BANGSA

Monday, September 22, 2008

Sekitar MTQ Peringkat Kebangsaan 4B Malaysia






Alhamdulillah selesai sudah MTQ yang di adakan di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur. Keputusan bagi wakil negeri johor , Qari Tempat Ke empat dan Qariah di tempat Ketiga. Secara keseluruhannya bacaan para Qari dan Qariah amat baik tetapi memerlukan beberapa peningkatan dari semua bahagian seperti tajwid, fasahah dan taranum, kata Ketua hakim MTQ .