Wednesday, September 2, 2009

ANCAMAN SPIDER


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam, Selawat dan dalam kepada baginda junjungan Muhammad S.A.W. dan sekalian ahli keluarga dan juga para sahabat.


Alhamdulillah, entah mengapa sekarang saya sering mencari bahan untuk penuliasan saya untuk berkongsi dengan blogger-blogger yang lain, sesuai dengan sabda nabi S.A.W.

"خير الناس أنفعهم للناس"
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain

Sabda nabi lagi :-
"Sampaikanlah walau hanya satu ayat"

Saya tertarik untuk menulis artikel yang tajuk nya sudah tertera di atas iaitu " ANCAMAN SPIDER" yang mana ada komen blogger yang mengatakan dadah adalah salah satu konspirasi untuk menjatuhkan , untuk menjajah kembali dengan cara halus. Orang barat, yahudi, israel laknatullah tidak akan menggunakan agama kerana ia suatu perkara sensitif, untuk menyentuh/merosakan akidah umat islam ia pasti tidak akan tersebuth dengan isu agama. Tetapi harus di ingat ia boleh berlaku dengan perkara-perkara yang kita pandang remeh dan hanya sebelah mata sahaja dan selalu di perlekehkan. Maka ini lah yang saya ingin catitkan , nukilan daripada Ybhg. Dato' Dr. Fadzilah b Kamsah iaitu ANCAMAN SPIDER:





S - SEKS

P - POLITIC
I - IDEOLOGI

D - DRUG

E - EDUCATION

R - ROCK MUSIC

Spider itu labah-labah. Tengok cantik, tetapi kadang-kadang bila menyengat ia akan mendatangkan maut. Begitulah perumpamaan yang diberikan terhadap permasalahan yang berlaku disekeliling kita, Nampak seperti keadaan biasa , tetapi itulah yang dirancang / direka oleh mereka-merka yang iri hati, hasad dengki kepada sesuatu perkara yang baik.

Lihat masalah penzinaan, anak luar nikah, hubungan luar nikah , itu semua mendatangkan udharat kepada kita. Timbulnya masalah anak tidak sah taraf, memeningkan kepala kita semua ini. Pemikiran kita dijajah kembali dengan pelbagai aliran pemikiran yang tidak betul , ada yang liberal , sekular dan sebagainya.







Satu hal lagi masalah poltik, begitu bercelaru, fitnah memfitnah, salah menyalah pemimpin, sitem politik kita sudah bercelaru, bila bercelaru lihat lah masalah-masalah yang berlaku ketika ini khusunya negeri-negeri yang berdekatan ibu negara. Jangan kita ingkar dengan pemimpin yang ada. Kita mesti patuh pada kepimpinan yang sesuai dengan firman Allah S.W.T. " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, Taat lah kamu rasul dan kepada ulil amr (pemimpin)". Sekagi mana pemerintah tidaj menyuruh kita melakukan perkara-perkara yang melaggar syarak, selagi itu lah masih ada kewajipan kita untuk mematuhi pemimpin. Jangan cuba-cuba nak tukar kerana pemimpin yang ada ini adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita . Sesuai dengan firman Allah S.W.T. " Barang siapa bersyukur maka aku akan tambah nikmatnya dan jika kufur ungkar (tidak bersyukur dengan nikmat yang ada) maka tunggu sahaja balasan yang amat pedih". Ini sudah kita dapat lihat , ada negeri-negeri yang cuba ingkar dengan nikmat yang ada dan sudah ada bunyi-bunyi yang tidak sedap dan mungkin itu balasannya. MasyaAllah.








Dadah , ini lagi satu hal, habis musnah anak bangsa terutama melayu lah. Saya suka gelar mereka ni Doktor tidak ada tauliah sebab dia ada title PHD (PengHisap Dadah) dari P-Serenti. Ini semua memang untuk menjahanamkan bangsa kita, bangsa yang majmuk aman damai di Malaysia ini , tetapi orang yang cemburu ni ada juga PHD ( Perasaan Hasad Dengki ) mahu melihat bangsa yang berjaya musnah dan lenyap dan yang tinggal hanya mereka sahaja yang aman damai kononya.



Sistem pendidikan juga dikacau . Lihat sahaja PPSMI. Siapa yang rugi dan siapa yang untung , itu saya tidak mahu komen , bak kata Nabil " LU PIKIRLAH SENDIRI".


Rock music, ini juga satu anasir dan konsporasi orang luar yang mahu melihat anak bangsa kita jauh tersasar. Contoh Black Metal , underground dan sebagainya, benda-benda ni semua melalaikan dan boleh memesongkan akidah dengan kirik-lirik lagu yang mereka tidak faham maksudnya.
Wallahu Ta'ala A'lam
PEWARIS BANGSA






Sunday, August 30, 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia



Esok genap 52 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan. Alhamdulillah , itu lah sebaik-baik kalimah yang perlu diucapkan apabila kita menikmati sesuatu kenikmatan, keindahan , kedamaian dan sebagainya yang di nisbahkan kepada perkara-perkara yang gembira. Adapun bilamana kita terlalu selesa dengan keadaan yang ada, itu tidak menjamin keselesaan pada masa hadapan kita kita selalu waspada dan berjaga-jaga serta berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan.

Tika dan saat ini masih ada lagi penjajahan yang masih ada dinegara kita ini. Dadah adalah satu bentuk penjajahan yang kita tidak sedari. Banyak lagi perkara yang kita tidak sedar dan sengaja dipandang enteng tidak diambil peduli.

Ingat lah firman Allah S.W.T.

" Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, maka aku akan tambah (nikmat), dan jika kamu kufur ingkar , maka tunggulah azab balasan yang amat pedih"

Saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan sentiasalah berwaspada dan peka dengan apa jua anasir yang boleh membawa rebahnya sesuatu negara bangsa. Sama-samalah kita menjaga tembok merdeka yang telah didirikan oleh para pejuang negara bangsa yang lalu dan kenang lah jasa mereka yang berjuang mempertahankan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Untuk itu sama-samalah kita baca Al-Fatihah bagi keamanan dam kemakmuran negara kita yang sejahtera ini.


الفاتحة



PEWARIS BANGSA

Sunday, August 23, 2009

أهلا وسهلا يارمضان

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله حمدلله الله أكبر الله أكبر الله أكبر




Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Thursday, August 20, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:



1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu - (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Video Pembentangan Akhlak - Masalah Gejala Sosial (Dadah)

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, والصلوة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعللى اله وصحبه أجمعين , أما بعد




Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia......

Alhamdulillah , minggu ini adalah minggu yang paling menggembirakan saya kerana banyak sangat aktiviti yang dapat saya lakukan walaupun tidak sesempurna mana, tetapi saya ambil ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang saya boleh praktikkan dalam kehidupan saya dimasa-masa akan datang.

Bermula dengan hari ahad 16 Ogos 2008, bertempat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru, saya telah mengikuti satu pertandingan seni khat. Alhamdulillah saya dapat menyertai tetapi masih belum mahir menulis khat maka tidak ada rezeki saya pada hari itu. Sekadar menerima saguhati dan sijil dari pihak pengajur. Tetapi satu pertemuan yang memang saya idamkan dapat saya bertemu dengan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Jainal b Sakiban - Tokoh Penulisan Khat Negeri Johor. Sudah lama saya mengidamkan mahu bertemu dengan beliau dan akhirnya saya dapat bertemu dan dapat melihat secara berdepan teknik penulisan beliau. Subhanallah begitu seni tulisan beliau dengan ditunjukkan melalui tulisan khat nasakh, riqa'aah, diwani dan thuluth. Dapat saya mengutip sedikit ilmu daripada beliau. Alhamdulillah moga - moga selepas ini saya dapat berguru dengan beliau.





Ustaz Haji Jainal Sakiban menjadi Idola saya dalam bidang penulisan khat


Seterusnya pada hari Selasa 18 Ogos 2009 saya telah melakukan satu pembentangan tugasan akhlak yang mana ianya sebhagaian daripada sukatan pelajaran yang perlu dipenuhi setiap pelajar. Tajuk pembentangan saya ialah MASALAH GEJALA SOSIAL - DADAH. Tajuk yang begitu sinonim dengan saya yang banyak terlibat dengan aktiviti pencegahan masalah tersebut. Berlatar belakangkan jawatan yang sedia ada iaitu Timbalan Pengerusi Rakan Anti Dadah Daerah Batu Pahat dan juga Naib Pengerusi I PEMADAM Daerah Batu Pahat saya menjelajah ke Ibu Pejabat AADK Negeri , AADK daerah Johor Bahru dan Batu Pahat untuk saya dapatkan maklumat yang begitu teliti dan rapi untuk saya bentangkan dalam pembentangan tersebut. Alhamdulillah saya dapat kerjasama daripada Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor, Tuan Hamizan b Haidzar untuk bahan mengenai stitistik, nisbah dan pelbagai input untuk saya bentangkan. Selain itu saya juga mendapat kerjasama daripada En Bahar daripada AADK Johor Bahru untuk maklumat berkaitan dadah. Antaranya Syabu boleh dibuat sendiri dengan mencari bahan di internet. Ramai rakan-rakan yang terkejut dengan fakta itu mereka kata adakah saya ingir ajar mereka buat benda-benda itu. Saya jawab ia untuk sekadar pengetahuan dan jauhkan daripada benda tersebut, tetapi kalau nak cuba silakan tetapi ingat firman Allah iaitu "ولا تلقوا باءيديكم إلى التهلكه" maksudnya "dan janganlah kamu mencampakkan dirimu kelembah kebinasaan" . Bila dah cuba buat tentu nak cuba rasa, bila dah rasa tentulah gian, dan selepasa itu tentulah banyak lagi perkara buruk yang akan berlaku.

Saya juga mendapat kerjasama daripada AADK Batu Pahat iaitu set induksi berupa fail gempadah, pemplet, poster, puzzle dan lain-lain lagi bahan yang menarik perhatian rakan kelas. Sebenarnya pembentangan akhlak ini adalah satu latihan diperingkat awal yang sangat berharga kepada saya untuk saya memikul tugas dan tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Biro Latihan PEMADAM Daerah Batu Pahat yang mana biro ini adalah bertanggungjawab untuk menerangkan permasalahan gejala dadah ini kepada masyarakat umum dan khususnya kepada ahli PEMADAM sendiri. Dan Alhamdulillah saya dapat timba pengalam untuk dijadikan panduan dimasa hadapan nanti. Yang penting dapat sekali promosi RADA dan minta rakan-rakan kelas isi borang untuk jadi ahli.



Gambar Hiasan : Ketika Program Co-Dependency bersama AADK





19 Ogos 2009, Kuliah bengkel Khat Riqa'ah yang dilangsungkan di dewan kuliah 1 MARSAH dengan tenaga pengajar jemputan Ustzah Norhayati Bte Abd Rahman yang menjadi tenapa pengajar bagi daerah johor bahru menerusi persatuan seni khat kebangsaan cawangan johor. Alhamdulillah saya dapat meningkatkan lagi kemahiran seni khat yang saya ada.


Alhamdulillah begitulah sedikit coretan yang dapat saya coretkan untk aktiviti-aktiviti yang tersebut. Kalau ada rezeki dapatlah kita sama-sama lihat rakaman video pembentangan akhlak saya pada hari selasa yang lepas. Jika tidak apakan saya ianya hanyalah dalam simpanan saya sahaja.



Sekian dahulu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






SALAM PEWARIS BANGSA