Thursday, August 20, 2009

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, والصلوة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعللى اله وصحبه أجمعين , أما بعد




Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia......

Alhamdulillah , minggu ini adalah minggu yang paling menggembirakan saya kerana banyak sangat aktiviti yang dapat saya lakukan walaupun tidak sesempurna mana, tetapi saya ambil ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang saya boleh praktikkan dalam kehidupan saya dimasa-masa akan datang.

Bermula dengan hari ahad 16 Ogos 2008, bertempat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru, saya telah mengikuti satu pertandingan seni khat. Alhamdulillah saya dapat menyertai tetapi masih belum mahir menulis khat maka tidak ada rezeki saya pada hari itu. Sekadar menerima saguhati dan sijil dari pihak pengajur. Tetapi satu pertemuan yang memang saya idamkan dapat saya bertemu dengan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Jainal b Sakiban - Tokoh Penulisan Khat Negeri Johor. Sudah lama saya mengidamkan mahu bertemu dengan beliau dan akhirnya saya dapat bertemu dan dapat melihat secara berdepan teknik penulisan beliau. Subhanallah begitu seni tulisan beliau dengan ditunjukkan melalui tulisan khat nasakh, riqa'aah, diwani dan thuluth. Dapat saya mengutip sedikit ilmu daripada beliau. Alhamdulillah moga - moga selepas ini saya dapat berguru dengan beliau.





Ustaz Haji Jainal Sakiban menjadi Idola saya dalam bidang penulisan khat


Seterusnya pada hari Selasa 18 Ogos 2009 saya telah melakukan satu pembentangan tugasan akhlak yang mana ianya sebhagaian daripada sukatan pelajaran yang perlu dipenuhi setiap pelajar. Tajuk pembentangan saya ialah MASALAH GEJALA SOSIAL - DADAH. Tajuk yang begitu sinonim dengan saya yang banyak terlibat dengan aktiviti pencegahan masalah tersebut. Berlatar belakangkan jawatan yang sedia ada iaitu Timbalan Pengerusi Rakan Anti Dadah Daerah Batu Pahat dan juga Naib Pengerusi I PEMADAM Daerah Batu Pahat saya menjelajah ke Ibu Pejabat AADK Negeri , AADK daerah Johor Bahru dan Batu Pahat untuk saya dapatkan maklumat yang begitu teliti dan rapi untuk saya bentangkan dalam pembentangan tersebut. Alhamdulillah saya dapat kerjasama daripada Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor, Tuan Hamizan b Haidzar untuk bahan mengenai stitistik, nisbah dan pelbagai input untuk saya bentangkan. Selain itu saya juga mendapat kerjasama daripada En Bahar daripada AADK Johor Bahru untuk maklumat berkaitan dadah. Antaranya Syabu boleh dibuat sendiri dengan mencari bahan di internet. Ramai rakan-rakan yang terkejut dengan fakta itu mereka kata adakah saya ingir ajar mereka buat benda-benda itu. Saya jawab ia untuk sekadar pengetahuan dan jauhkan daripada benda tersebut, tetapi kalau nak cuba silakan tetapi ingat firman Allah iaitu "ولا تلقوا باءيديكم إلى التهلكه" maksudnya "dan janganlah kamu mencampakkan dirimu kelembah kebinasaan" . Bila dah cuba buat tentu nak cuba rasa, bila dah rasa tentulah gian, dan selepasa itu tentulah banyak lagi perkara buruk yang akan berlaku.

Saya juga mendapat kerjasama daripada AADK Batu Pahat iaitu set induksi berupa fail gempadah, pemplet, poster, puzzle dan lain-lain lagi bahan yang menarik perhatian rakan kelas. Sebenarnya pembentangan akhlak ini adalah satu latihan diperingkat awal yang sangat berharga kepada saya untuk saya memikul tugas dan tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Biro Latihan PEMADAM Daerah Batu Pahat yang mana biro ini adalah bertanggungjawab untuk menerangkan permasalahan gejala dadah ini kepada masyarakat umum dan khususnya kepada ahli PEMADAM sendiri. Dan Alhamdulillah saya dapat timba pengalam untuk dijadikan panduan dimasa hadapan nanti. Yang penting dapat sekali promosi RADA dan minta rakan-rakan kelas isi borang untuk jadi ahli.



Gambar Hiasan : Ketika Program Co-Dependency bersama AADK





19 Ogos 2009, Kuliah bengkel Khat Riqa'ah yang dilangsungkan di dewan kuliah 1 MARSAH dengan tenaga pengajar jemputan Ustzah Norhayati Bte Abd Rahman yang menjadi tenapa pengajar bagi daerah johor bahru menerusi persatuan seni khat kebangsaan cawangan johor. Alhamdulillah saya dapat meningkatkan lagi kemahiran seni khat yang saya ada.


Alhamdulillah begitulah sedikit coretan yang dapat saya coretkan untk aktiviti-aktiviti yang tersebut. Kalau ada rezeki dapatlah kita sama-sama lihat rakaman video pembentangan akhlak saya pada hari selasa yang lepas. Jika tidak apakan saya ianya hanyalah dalam simpanan saya sahaja.



Sekian dahulu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






SALAM PEWARIS BANGSA

No comments: