Sunday, October 18, 2009

CUTI SEMESTER

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الذي انزل فيه القرءان , وألهمنا بنور الإيمان والإسلام , وحبيبنا وشفيعنا سيد الأنام , صلى الله عليه وال وسلم
اما بعد

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,




Alhamdulillah bermula minggu ini secara rasminya saya sudah mula cuti semester yang pertama. Nama saja cuti tapi bermula hari jumaat lepas aktiviti program bersama AADK sudah bermula. Cuti semester kali ini saya akan manfaatkan dengan membantu AADK untuk mencari ahli Rakan Anti Dadah RADA yang mana pihak AADK pusat mensasarkan sekurang-kurangnya 1000 ahli bagi setiap daerah. InsyaAllah




Kepada rakan-rakan yang lain dalam jabatan pendidikan islam MARSAH ingin saya memberikan tips sedikit hasil perkongsian cerita bersama-sama rakan yang punya pengalaman dalam pendidikan. Mungkin dalam tahun depan kita akan terlibat dengan program rancangan orientasi sekolah dan semsetinya kita harus kesekolah-sekolah yang berhampiran dengan kita.

Apa tipsnya ...... ha pergi sekolah dimana kita sekolah dulu ataupun yang guru besarnya baik dengan kita dan tanya apa-apa yang patut, bodek-bodek sikit pun tak pe, itu usaha ye, usaha untuk kita berjaya. Kenapa tips yang begitu keluar, sebab kata kawan-kawan saya ada sesetengah guru besar tak suka pada kita-kita yang terlibat dengan ROS ni , nanti ada je masalah yang ditimbulkan. Elok-elok pensyarah nak bagi kita A+, nanti guru besar bagi C-, hah macam mane tu, Ha jadinya dari sekarang dah kena gerak cari sekolah yang boleh membantu kita dapat markah cemerlang. USAHA TANGGA KEJAYAAN, BODEK PUN USAHA JUGA TAW......



Ingat-Ingat dan fikir-fikirkan

Selamat bercuti ...............




PEWARISBANGSA

1 comment: