بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين.
اللهم صل وسلم وبارك عليه
السلاو عليكم ورحمة الله وباركاته

Alhamdulillah , sedar tidak sedar hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun hijrah 1430. Adakah azam kita sudah tercapai, Allahu A'lam hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang mengetahui dan adakah kita sudah bersedia untuk dengan azam yang baru bagi menyambut tahun hijrah 1431.
Ketika catatan ini ditluis saya sedang menghadiri program Minggu Ma'al Hijrah yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar Johor yang mana pada hari pertama ini diadakan satu program "TAFAQQUH ILMIAH" yang membentangkan dua kertas kerja. Bagi kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ybhg. Ustaz Haji Rashidy b Jamil Ar Rashid (Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dengan kertas kerja nya yang bertajuk " BAHAYA GERAKAN KRISTIANISASI " . Perkara/tajuk ini sangat penting untuk difahami oleh setiap umat islam dalam menghadapi cabaran aqidah pada masa kini. Banyak unsur dan dakyah yang digerakkan bagi bagi memesongkan aqidah umat islam. Jika tidak ada pendedahan melalui seminar seperti umat islam pada masa kini tidak akan dapat pendedahan dan saya berharap pihak-pihak yang berwajib dapat meluaskan program ini disetiap daerah dalam negeri johor .
Bagi slot yang kedua diadadakan slot forum yang menampilkan 2 orang ahli panel iaitu panel yang pertama Ybhg Prof Salleh b Buang (Profesor Tamu UTM) , Panel yang kedua Ybhg Tn Hj Mahamad Nasir b Disa (Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah) Jabatan Peguam Negara), dan dipengerusikan oleh Ybhg Tn Hj Ikbal b Salam (Peguambela & Peguamcara) yang membincakan tentang isu " PERLEMBAGAAN MALAYSIA - ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN ". Isu ini juga amat penting bagi umat islam di Malaysia bagi memehami sepenuhnya permasalah perlembagaan yang mana ada orang - orang yang tidak faham tentang isi perlembagaan kerana ia sudah merasakan sudah hebat tanpa perlembagaan. Hidup ada peraturan. Siang dan malam ada putarannya. Cubalah kita amat-amati kalau putaran itu tidak mengikut peraturannya , tak kelam kabut dibuatnya. Begitu juga la jika sudah ada perlembagaan yang sudah termaktub jangan berani nak ubah-ubah dan nak cabar. Ini orang-orang muslim Malaysia, sekali lagi saya ulang MUSLIM MALAYSIA, MUSLIM ,,,, berani dengan nyata mencabar kedudukan islam yang termaktub di dalam perlembagaan . Apakah persanaan orang ini, adakah dia hanya sebagai kambing hitam disuruh oleh orang tertentu untuk mengeluarkan kenyataan itu. SUBHANALLAH , jika ada kepentingan sekalipun jangan dipermain-mainkan hal agama. Barang siapa mempersendakan islam (kepercayaan) maka ia terkeluar dari islam , NAUZUBILLAH minta dijauhkan dan sentiasa Allah pelihara iman dan syahadatian kita sepanjang masa.
Jadi dari itu sempena Sambutan MA'AL HIJRAH 1430 mari lah sama-sama kita menghijrahkan minda kita daripada taklid kepada tajdid. Sungguhpun saya mangajak untuk kita mentajdidkan pemikiran kita harus kita berhati-hati dan berwaspada dengan persekitaran dan permasalahan disekeliling kita. Sama-sama kita sentiasa mengahadiri majlis ilmu dan membuat percambahan pemikiran agar kita sama tidak hanya taklid pada satu-satu perkara sahaja.
Sekian , dan saya mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya tulisan saya ini ada menyinggung mana-mana pihak dan ia hanyalah pandangan saya sahaja.
Sekian Terima kasih.
الفقير الى الله
SHAH AL-ANUAR
PEWARISBANGSA