Sunday, December 6, 2009

KURSUS KEPIMPINAN BELIA & MESYUARAT PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B NEGERI JOHOR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera , Salam Belia & Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah , pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya memberikan kita akal dan fikiran untuk sama-sama kita berfikir tentang penciptaan Yang Maha Agung.

Gerakan Belia 4B Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Insan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Belia sempena Mesyuarat Perwakilan Negeri Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Johor yang berlangsung pada 5 / 12 / 2009 bertempat di Hotel Selesa Johor Bahru.



Seramai 400 orang peserta telah mengikuti 4 pembentangan kerja pada kursus itu. Kesemua kertas kerja yang dibentangkan berkaitan dengan sahsiah dan pembangunan belia pada masa kini. Antara Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk Isu-isu semasa keselamatan negara & ISA yang disampaikan Oleh Yang Setia Dato' Zambry B Yahya, dari PDRM. Ceramah 1 Malaysia pula disampaikan oleh Ybhg. Dato' Shalan b Ismail , Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. Satu Ceramah yang begitu perlu para belia tahu untuk menjadi pewaris pada kepimpinan pada masa akan datang ialah ceramah yang bertajuk Bangun Runtuhnya Tamadun Besar Dunai yang disampaikan oleh Ybhg Profesor Nik Aziz Nik Pa dari UUM. Manakala yang terpenting sekali bagi sahsiah peribadi belia ialah ceramah Solat Berkualiti oleh Ybhg Ustz. Mohd Farid Samaes dari Yayasan Pembangunan Belia.

Diakhir kursus semua perserta yang hadir solat asar berjemaah bagi mengakhiri sesi kursus yang di adakan




Peserta Dari GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading





Menikmati Jamuan Makan Tengahari


Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis Jamuan Makan Malam dan Peramian Kursus Kepimpinan Belia yang di sempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Maulizan b Bujang ADUN Tiram merangkap EXCO Kerajaan Negeri Johor.

Pada hari berikutnya ialah Majlis Mesyuarat Perwakilan Negeri Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Johor. Seramai 170 orang perwakilan hadir pada mesyuarat yang tersebut. Uniknya pada mesyuarat kali ialah ada penyerahan kuasa diantara kepimpinan yang lalu dengan kepimpinan yang baru . Kesemua jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi dimenangi tanpa bertanding. Dengan penampilan Ybhg Sdr. Shahrin Md Jamaludin sebagai Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Johor dapat lagi memartabatkan lagi perjuangan belia khusunya dinegeri johor.




Ybhg Sdr. Shahrin b Md Jamaludin
Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor





Antara Perwakilan Yang Hadir




Perwakilan Dari GB4B Kawasan Parlimen Sri Gading



Bergambar Kenangan Bersama Barisan Kepimpinan Diperingkat Negeri



Sekian Dahulu

GERAK


PEWARISBANGSA

No comments: