Sunday, August 30, 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia



Esok genap 52 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan. Alhamdulillah , itu lah sebaik-baik kalimah yang perlu diucapkan apabila kita menikmati sesuatu kenikmatan, keindahan , kedamaian dan sebagainya yang di nisbahkan kepada perkara-perkara yang gembira. Adapun bilamana kita terlalu selesa dengan keadaan yang ada, itu tidak menjamin keselesaan pada masa hadapan kita kita selalu waspada dan berjaga-jaga serta berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan.

Tika dan saat ini masih ada lagi penjajahan yang masih ada dinegara kita ini. Dadah adalah satu bentuk penjajahan yang kita tidak sedari. Banyak lagi perkara yang kita tidak sedar dan sengaja dipandang enteng tidak diambil peduli.

Ingat lah firman Allah S.W.T.

" Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, maka aku akan tambah (nikmat), dan jika kamu kufur ingkar , maka tunggulah azab balasan yang amat pedih"

Saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan sentiasalah berwaspada dan peka dengan apa jua anasir yang boleh membawa rebahnya sesuatu negara bangsa. Sama-samalah kita menjaga tembok merdeka yang telah didirikan oleh para pejuang negara bangsa yang lalu dan kenang lah jasa mereka yang berjuang mempertahankan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Untuk itu sama-samalah kita baca Al-Fatihah bagi keamanan dam kemakmuran negara kita yang sejahtera ini.


الفاتحة



PEWARIS BANGSA

Sunday, August 23, 2009

أهلا وسهلا يارمضان

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله حمدلله الله أكبر الله أكبر الله أكبر




Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Thursday, August 20, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:



1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu - (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Video Pembentangan Akhlak - Masalah Gejala Sosial (Dadah)

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, والصلوة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعللى اله وصحبه أجمعين , أما بعد




Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia......

Alhamdulillah , minggu ini adalah minggu yang paling menggembirakan saya kerana banyak sangat aktiviti yang dapat saya lakukan walaupun tidak sesempurna mana, tetapi saya ambil ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang saya boleh praktikkan dalam kehidupan saya dimasa-masa akan datang.

Bermula dengan hari ahad 16 Ogos 2008, bertempat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru, saya telah mengikuti satu pertandingan seni khat. Alhamdulillah saya dapat menyertai tetapi masih belum mahir menulis khat maka tidak ada rezeki saya pada hari itu. Sekadar menerima saguhati dan sijil dari pihak pengajur. Tetapi satu pertemuan yang memang saya idamkan dapat saya bertemu dengan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Jainal b Sakiban - Tokoh Penulisan Khat Negeri Johor. Sudah lama saya mengidamkan mahu bertemu dengan beliau dan akhirnya saya dapat bertemu dan dapat melihat secara berdepan teknik penulisan beliau. Subhanallah begitu seni tulisan beliau dengan ditunjukkan melalui tulisan khat nasakh, riqa'aah, diwani dan thuluth. Dapat saya mengutip sedikit ilmu daripada beliau. Alhamdulillah moga - moga selepas ini saya dapat berguru dengan beliau.





Ustaz Haji Jainal Sakiban menjadi Idola saya dalam bidang penulisan khat


Seterusnya pada hari Selasa 18 Ogos 2009 saya telah melakukan satu pembentangan tugasan akhlak yang mana ianya sebhagaian daripada sukatan pelajaran yang perlu dipenuhi setiap pelajar. Tajuk pembentangan saya ialah MASALAH GEJALA SOSIAL - DADAH. Tajuk yang begitu sinonim dengan saya yang banyak terlibat dengan aktiviti pencegahan masalah tersebut. Berlatar belakangkan jawatan yang sedia ada iaitu Timbalan Pengerusi Rakan Anti Dadah Daerah Batu Pahat dan juga Naib Pengerusi I PEMADAM Daerah Batu Pahat saya menjelajah ke Ibu Pejabat AADK Negeri , AADK daerah Johor Bahru dan Batu Pahat untuk saya dapatkan maklumat yang begitu teliti dan rapi untuk saya bentangkan dalam pembentangan tersebut. Alhamdulillah saya dapat kerjasama daripada Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor, Tuan Hamizan b Haidzar untuk bahan mengenai stitistik, nisbah dan pelbagai input untuk saya bentangkan. Selain itu saya juga mendapat kerjasama daripada En Bahar daripada AADK Johor Bahru untuk maklumat berkaitan dadah. Antaranya Syabu boleh dibuat sendiri dengan mencari bahan di internet. Ramai rakan-rakan yang terkejut dengan fakta itu mereka kata adakah saya ingir ajar mereka buat benda-benda itu. Saya jawab ia untuk sekadar pengetahuan dan jauhkan daripada benda tersebut, tetapi kalau nak cuba silakan tetapi ingat firman Allah iaitu "ولا تلقوا باءيديكم إلى التهلكه" maksudnya "dan janganlah kamu mencampakkan dirimu kelembah kebinasaan" . Bila dah cuba buat tentu nak cuba rasa, bila dah rasa tentulah gian, dan selepasa itu tentulah banyak lagi perkara buruk yang akan berlaku.

Saya juga mendapat kerjasama daripada AADK Batu Pahat iaitu set induksi berupa fail gempadah, pemplet, poster, puzzle dan lain-lain lagi bahan yang menarik perhatian rakan kelas. Sebenarnya pembentangan akhlak ini adalah satu latihan diperingkat awal yang sangat berharga kepada saya untuk saya memikul tugas dan tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Biro Latihan PEMADAM Daerah Batu Pahat yang mana biro ini adalah bertanggungjawab untuk menerangkan permasalahan gejala dadah ini kepada masyarakat umum dan khususnya kepada ahli PEMADAM sendiri. Dan Alhamdulillah saya dapat timba pengalam untuk dijadikan panduan dimasa hadapan nanti. Yang penting dapat sekali promosi RADA dan minta rakan-rakan kelas isi borang untuk jadi ahli.



Gambar Hiasan : Ketika Program Co-Dependency bersama AADK





19 Ogos 2009, Kuliah bengkel Khat Riqa'ah yang dilangsungkan di dewan kuliah 1 MARSAH dengan tenaga pengajar jemputan Ustzah Norhayati Bte Abd Rahman yang menjadi tenapa pengajar bagi daerah johor bahru menerusi persatuan seni khat kebangsaan cawangan johor. Alhamdulillah saya dapat meningkatkan lagi kemahiran seni khat yang saya ada.


Alhamdulillah begitulah sedikit coretan yang dapat saya coretkan untk aktiviti-aktiviti yang tersebut. Kalau ada rezeki dapatlah kita sama-sama lihat rakaman video pembentangan akhlak saya pada hari selasa yang lepas. Jika tidak apakan saya ianya hanyalah dalam simpanan saya sahaja.



Sekian dahulu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






SALAM PEWARIS BANGSA

Tuesday, August 18, 2009

CATATAN LALU

PROGRAM RAKAN MUDA INOVASI - SENI KHAT

18-19 Julai 2009 Pejabat Belia&Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru.


Gambar sekitar program berlangsung

Banner Program

Guru Pembimbing khat menunjuk ajar kaedah seni khat nasakh

Peserta khusyuk menyiapkan latihan

Rehat Sebentar ......... minum dulu

Sambung Kembali Tugasan Latihan


Peserta Program Rakan Muda Inovasi - Seni Khat


Tunjuk ajar tenaga pengajar kepada peserta

Perbincangan antara pensyarah, tenaga pengajar dan urusetia
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa Oleh Ustaz Amran Othman

Ucapan Wakil Perserta Program

Ucapan Perasmian Oleh Pegawai Belia&Sukan Daerah Johor Bahru

Penyerahan Sijil Penyertaan

Sumber gambar : Pejabat Belia & Sukan Daerah JB

PEWARIS BANGSA