Tuesday, September 9, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran GB4B Malaysia









Gerakan Belia 4B Malaysia akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2008/1429 yang akan berlangsung di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur pada 19&20 september 2008. Seperti lazimnya setiap negeri akan menghantar wakil Qari / Qariah dan negeri johor akan di wakil oleh saya sendiri manakala qariah pula Aishah bte Kamarudzaman. Kami memohon doa restu dan kejayaan kami daripada semua para belia khususnya di Negeri Johor untuk kejayaan kami dalam gelanggang tilawah itu nanti. Dan jutaan ribuan terima kasih kepada Sdr. Ar. Hamka b Abu Dardak selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Parlimen Sri Gading dan juga GB4B Negeri Johor kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk mewakili Gerakan Belia 4B Negeri Johor ke pertandingan tersebut.


BERGERAK !!!!!!!!!!!


Salam Perjuangan


PEWARISBANGSA


1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum

Al-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzul
http://alquranonline.co.cc/

Risalah Islam
http://sibin2007.multiply.com/

Koleksi ebook, Aplikasi Handphone
http://assalambook.as.funpic.org/

Koleksi Streaming Radio Dakwah
http://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u