عن أبي العباس عبدالله بن عباس رضي الله عنهما قال : كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال : يا غلام , إني أعلمك كلمات :احفظ الله يحفظك , احفظ الله تجده تجاهك ,إذا سـألت فاسأل الله , وإذا استعنت فاستعن بالله , وأعلم أن الأمة لو اجتمعت على ان ينفعوك بشيء لم ينفعوك ألأ بشيء قد كتبه الله لك , وإن اجتمعوا على ان يضروك بشيء قد كتبه الله عليك . رفعت الأقــلام وجفت الصحف
Daripada Abu Al-'Abbas Abdullah bin Abbas r.a. beliau berkata : "Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda. " Wahai budak ! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah , nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapati Nya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpununtuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah umtukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat Qalam dan telah keringlah lembaran."
Antara intisari hadis di atas :
1) Meminta kepada yang lain dari Allah s.w.t. adalah KEHINAAN dan KERENDAHAN.
Manusia apabila diminta sesuatu, mereka akan memberikan apa yang diminta ataupun menahannya. Jika mereka menunaikan permintaan itu, mereka akan mengungkit-ungkitkan kebaikan yang mereka telah lakukan dan jika mereka menahan (tidak memberikan apa yang diminta) mereka akan menghina dan merendah-rendahkan orang yang meminta. Semua ini akan menyakitkan hati seorang Muslim, membuka ruang kepada rasa membenci dan bersedih, menjatuhkan kehormatannya dan mencemarkan air mukanya. Mungkin dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah mengikat perjanjian dengan mereka yang memberi bai'ah kepada baginda di atas islam, supaya mereka tidak meminta daripada manusia sesuatupun. Sesungguhnya sebilangan sahabat telah memberikan bai'ahnya berdasarkan perjanjian tersebut.
رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح .

(Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, katanya : Hadis Hassan Sahih
Antara intisari hadis di atas :
1) Meminta kepada yang lain dari Allah s.w.t. adalah KEHINAAN dan KERENDAHAN.
Manusia apabila diminta sesuatu, mereka akan memberikan apa yang diminta ataupun menahannya. Jika mereka menunaikan permintaan itu, mereka akan mengungkit-ungkitkan kebaikan yang mereka telah lakukan dan jika mereka menahan (tidak memberikan apa yang diminta) mereka akan menghina dan merendah-rendahkan orang yang meminta. Semua ini akan menyakitkan hati seorang Muslim, membuka ruang kepada rasa membenci dan bersedih, menjatuhkan kehormatannya dan mencemarkan air mukanya. Mungkin dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah mengikat perjanjian dengan mereka yang memberi bai'ah kepada baginda di atas islam, supaya mereka tidak meminta daripada manusia sesuatupun. Sesungguhnya sebilangan sahabat telah memberikan bai'ahnya berdasarkan perjanjian tersebut.
مـا عندكم ينفد , ومــا عندالله باق
"Apa-apa yang ada di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang ada pada sisi Allah itu kekal abadi"
(An-Nahl : 96)

2) Meminta pertolongan selain Allah Taala adalah KEHINAAN dan KELEMAHAN.
Memohon pertolongan bererti menzahirkan kelemahan, keperluan dan kemiskinan orang yang meminta. Penghinaan dan merendah diri ini tidak layak dilakukan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja kerana kerana itulah merupakan hakikat ibadah (pengabdian diri) . Jika ia dilakukan kepada selain daripada Allah s.w.t. maka itu adalah kerendahan dan penghinaan yang tidak berfaedah. Meminta pertolongan juga merupakan satu pengiktirafan terhadap kuasa orang yang diminta pertolongan untuk menunaikan permintaan tersebut dan memenuhi kehendaknya atau mendatangkan apa-apa manfaat kepadanya ataupun menolak kemudaratan daripadanya. Kesemua ini tidak akan mampu dilakukan melainkan oleh Allah Taala. Sesiapa yang menyangka bahawa semua itu juga dimiliki oleh selain-NYA, maka dia akan menemui kegagalan dan kerugian. Sesiapa yang menuntutnya daripada manusia maka dia telah meletakkan harapannya kepada tiang yang rapuh .
إياك نعبد وإياك نستعين
" Hanya Engkau lah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolonga"
(Al-Fatihah :5)

Salam Perjuangan
PEWARISBANGSA
PEWARISBANGSA
No comments:
Post a Comment