Segala puji bagi Allah , Tuhan pencipta sekalian alam, selawat dan salam kepada baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan sekalian ahli keluarga dan para sahabat.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi kenikmatan dalam hidup dan diberi peluang dan ruang untuk saya mencari / menuntut ilmu yang berkaitan dengan pendidikan.
Untuk makluman semua saya kini berada di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abu Bakar dan berhampiran juga dengan Pusat Islam Iskandar Johor. Mendaftar masuk pada 11 Jun 2009 kini di dalam semester 1 diploma pendidikan islam yang mana pengkhususan yang lebih kepada menjadi pendidik. Saya juga difahamkan melalui ucapan pendaftar MARSAH Ybhg. Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Salleh b Sanwan yang mana apabila kami keluar nanti akan ditempatkan di sekolah -sekolah agama kerajaan negeri johor, tetapi tidak ada hitam putih perjanjian cuma perbincangan Ketua Eksekutif MARSAH YB. Dato' Hj M. Tahrir b Dato' Kiyai Hj Samsudin bersama YAB. Dato' Menteri Besar johor bagi memperkasakan lagi pendidikan agama di negeri johor ini. Usaha ini amat baik sekali jika kita amati dengan teliti, kerana jika melihat di sekolah-sekolah kebangsaan guru-guru semuanya terlatih , keluaran seperti Maktab (Institut Peguruan), IPTA/S dengan mengambil bahagian pendidikan mahupun KPLI, tetapi jika kita melihat kelayakan untuk menjadi guru agama hanya SPM dan juga darjah khas , apabila di terima untuk mengajar , guru - guru ini tidak ada asas untuk menjadi pendidik, dan ini akan menimbulkan masalah apabila pengajaran & pembelajaran (P&P) tidak dilakukan dengan betul.
Alhamdulillah untuk semester satu ini kami di ajar dengan ilmu Psikologi Pendidikan (Tn Hj Kassim) yang mana jika difahami dengan betul ilmu ini dapat membantu bakal guru yang akan mengajar kelak. Antara subjek lain ; Akhlak (Ustazah Zakiah) , Tajwid&Tilawah Ustaz Omar) , Teknologi Maklumat Komunikasi (Tn Hj Jumaat) , Jawi (Tn Hj Madon) , Feqah (Ustaz Hesamudin) dan Pengurusan GERKO (Ustaz Sanusi). Para pensyarah bagi bidang pendidikan ini diambil khas daripada Institut Perguran dari Batu Pahat dan juga Johor Bahru yang mana memang pakar dan arif tentang ilmu perguruan dan pendidikan.
Hampir terlupa untuk memperkenalkan ketua jabatan pendidikan islam MARSAH beliau ialah Tuan Hj Jumaat b Abu Bakar , berpengalaman di dalam bidang pendidikan , beliau pernah menjadi guru besar , pengetua , pensyarah dan sebagainya yang tidak dapat saya sebutkan. Saya begitu mengkagumi Tuan Hj Jumaat bukan kerana mahu membodek tetapi pengalaman yang ada pada beliau tidak dapat di beli daripada mana-mana kedai atau pasaraya.
Sepanjang kira-kira 2 minggu berada di MARSAH sudah 2 kali saya dapat bertemu dengan YB. SS. Dato' Hj M. Tahrir b Dato' Kiyai Hj Samsudin (Mufti Kerajaan Negeri Johor merangkap Ketua Eksekutif MARSAH). Alhamdulillah saya jumpa banyak orang yang hebat-hebat disana(Ulama' , Al-hafiz dan Pensyarah-pensyarah yang berpengalaman) , kata pakar motivasi "untuk jadi orang yang cemerlang dan hebat kenalah selalu mendampingi mereka".
Salam perjuangan
Syah Putra
PEWARIS BANGSA
No comments:
Post a Comment