Sunday, June 28, 2009

PROGRAM PEMULIHAN DI PUSAT KHIDMAT AADK DAERAH BATU PAHAT

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana memberikan nikmat hidup hadiah yang tidak ternilai dan tidak dapat dibanding dengan apa-apa juga dengan parkara yang lain.

Ingin saya berkongsi dengan pembaca yang mana pada hari Ahad 28 Jun 2009 (semalam) bermula dari jam 9.00 pagi, saya telah berpeluang mengikuti satu program pemulihan yang dilakukan di pusat khidmat AADK Batu Pahat. Program yang berbentuk kerohanian iaitu Program Penghayatan Al-Quran dilaksanakan bagi membantu kes-kes dalam perhatian untuk lebih menjadi individu yang berguna disamping mendatangkan pahala dan juga menarik hidayah Allah.

Saya diberi peluang oleh En Ali dan juga En Rahman untuk mengambil satu slot membimbing kes-kes yang kurang mahir dari segi pembacaan Al-Quran. Asas sudah ada tetapi jika tidak di amal, dilaksanakan dan di ulang-ulang maka asas itu akan hilang. Majoriti semua tahu tentang huruf-huruf hijaiyyah dan boleh membunyikan huruf- huruf tersebut. Pendekatan Talaqqi dan mushafahah saya gunakan bagi membimbing mereka . Selepas saya mengimbau kembali ingatan mereka kepada huruf-huruf hijaiyyah , saya terus sahaja masuk kepada pembacaan Surah Al-Fatihah. Saya terangkan kepada mereka betapa pentingnya Surah Al-Fatihah ini kerana ia adalah rukun di dalam sembahyang , jika tidak elok Fatihahnya maka tidak sempurnalah solat yang dilakukan. Bermula dengan baca beramai-ramai dan berulang-ulang kemudian saya perbetulkan satu persatu apa yang tidak betul pada bacaan mereka.

gambar hiasan


Alhamdulillah saya dapat melaksanakannya dan mudah-mudahan ia akan berkekalan kebaikannya. Saya ingatkan mereka dengan hadis daripada Rasullullah SAW "KHAIRUNNAS ANFA 'UHUM LINNAS". (sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain).Jadi apabila sudah ada ilmu maka jangan kedekut , sebarkan lah pada orang lain. Program saya tutup dengan bacaan Doa dengan memohon pada Allah SWT agar kami-kami yang berada dalam majlis ilmu itu diberi hidayah yang berpanjangan dan dapat memberi manfaat kepada sekalian alam.

Dalam majlis ilmu dikatakan 70 ribu malaikat melebarkan sayap dan ianya sampai ke 'arash Allah jadi mana mungkin doa kami hamba-hamba yang lemah ini tidak diterima Allah dan Allah itu punya sifat Ar-Rahman Ar-Rahim pemurah dan penyayang. Dan saya berharap usaha ini berpanjangan dan moga - moga masalah gejala sosial ini akan berkurangan dan semoga pewaris bangsa pada masa akan datang tidak akan terjebak ke lembah kebinasaan.


Salam Hormat

Anuar Shah



PEWARIS BANGSA.

No comments: