Sunday, August 30, 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia



Esok genap 52 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan. Alhamdulillah , itu lah sebaik-baik kalimah yang perlu diucapkan apabila kita menikmati sesuatu kenikmatan, keindahan , kedamaian dan sebagainya yang di nisbahkan kepada perkara-perkara yang gembira. Adapun bilamana kita terlalu selesa dengan keadaan yang ada, itu tidak menjamin keselesaan pada masa hadapan kita kita selalu waspada dan berjaga-jaga serta berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan.

Tika dan saat ini masih ada lagi penjajahan yang masih ada dinegara kita ini. Dadah adalah satu bentuk penjajahan yang kita tidak sedari. Banyak lagi perkara yang kita tidak sedar dan sengaja dipandang enteng tidak diambil peduli.

Ingat lah firman Allah S.W.T.

" Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, maka aku akan tambah (nikmat), dan jika kamu kufur ingkar , maka tunggulah azab balasan yang amat pedih"

Saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan sentiasalah berwaspada dan peka dengan apa jua anasir yang boleh membawa rebahnya sesuatu negara bangsa. Sama-samalah kita menjaga tembok merdeka yang telah didirikan oleh para pejuang negara bangsa yang lalu dan kenang lah jasa mereka yang berjuang mempertahankan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Untuk itu sama-samalah kita baca Al-Fatihah bagi keamanan dam kemakmuran negara kita yang sejahtera ini.


الفاتحة



PEWARIS BANGSA

6 comments:

PK said...

kemerdekaan anda tidak akan mencapai matlamatnya selagi anda belum berumahtangga.

rimajohor said...

ada yang tidak memahami apakah erti kemerdekaan .dan bagaimana para pejuang dahulu mencapai kemerdekaan itu. lantas generasi kini tidak menghormati dan tidak menjiwai dengan penuh semangat.

rimaJOHOR said...

ramai anak muda sekarang rosak kerana dadah. kemungkinan satu konpirasi untuk melenyapkan bangsa melayu ditanah airnya sendiri dalam beberapa tahun yang akan datang. berhati-lah.

Syah_Putra said...

terima kasih buah kelapa tyrkey sudi memberi komen di blog saya

KUNTONG said...

Sahrul:
Kita blogger selalu berkumpul di batu pahat seminggu sekali/2 minggu sekali.Tujuan nya ialah utk berbincang dn bersembang mengenaai usaha kita utk memperbaiki mutu blogging kita, nntilah kalau u balik, bolehlah kita kontek kau orang.ok sharul.

zedmagel said...

Salam Shahputra,

Suka untuk mengenali adik yang comel seorang ni...