Thursday, July 8, 2010

P&P BAHASA ARAB : PERBEZAAN KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB PERINGKAT DEWASA DAN RENDAH - part1


Pengenalan.

Mempelajari bahasa arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakkan Pelajar baik di peringkat rendah mahupun di perinkat dewasa. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau keranan metode pengajaran dan pembelajarannya yang kurang efektif. Dalam pada itu Kerajaan Malaysia juga memperlihatkan minat untuk menerapkan pengajran dan pembelajaran bahasa arab dalam pendidikan formal dengan memasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran dalam KBSM, untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang serta berakhlak mulia. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan program JQAF dengan tujuan memudahkan lagi P&P bahasa arab dan yang berkaitan dengannya.

Metodologi

Artikel yang dikarang ini menggunakan metodologi kajian perpustakaan dengan menggunakan instrumen buku-buku yang ada di perpustakaan kolej mahupun perpustakaan negeri. Seperti yang diketahui umum terkadang bahan-bahan yang ada di perpustakaan sangat terhad dan memerlukan pencarian bahan luar jangkaan seperti bahan-bahan di internet dan juga bahan-bahan ilmiah yang disumbangkan rakan-rakan.

Pendahuluan.

Setiap bahasa di dunia ini mempunyai pendekatan dan strategi yang unik serta khusus untuk menguasainya. Hal ini adalah bagi membantu dan memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bahasa tersebut serta akhirnya dapat menguasainya dengan baik. Kemahiran asas bahasa arab merangkumi empat perkara utama iaitu : - MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA dan MENULIS yang mana setiap satu daripadanya mempunyai kaitan yang amat rapat di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, bagi mendapatkan hasil yang terbaik dalam penguasaan bahasa arab, keempat-empat kemahiran asas ini perlu diperkuatkan dan diperkemaskan tanpa dipraktikkan secara berasingan. Artikel ini membincangkan strategi efektif yang dapat membantu pelajar dalam menguasai bahasa arab. Cadangan yang bersesuaian mengikut kemampuan pelajar diketengahkan untuk memberi panduan dan galakan kepada mereka agar dapat mempelajari dan menguasai bahasa arab tanpa berputus asa dan merasa jemu.


Shah El-Anuar Al-Jauhary


1 comment:

zedmagel said...

Salam Shah,

Saya sangat sukar untuk belajar lugahtul al arabi, walaupun dah banyak kali mencubanya. fail..