Wednesday, July 7, 2010

RENUNGAN BERSAMA


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

No comments: