Thursday, June 17, 2010

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESSI 2009/2010

Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, kemurahan sifat Rahman dan Rahim NYA memberikan kita kehidupan di dunia ini dengan aman dan selamat dari mara bahaya.




Hari ini 17 Jun 2010 telah berlangsungnya satu majlis anugerah dekan sessi 2009/2010. Majlis yang berjalan dalam suasana aman dan damai, dimulakan dengan upacara protokol nyanyian dan di ikuti dengan satu slot motivasi yang disampaikan oleh Ybhg. Dr. Hj Ismail Mustari Ahli Lembaga Akademi MARSAH. Banyak perkara yang disampaikan yang menaikkan semangat mahasiswa/siswi untuk terus mengekalkan kecemerlangan yang ada, ia satu cabaran yang perlu disahut dengan bersungguh-sungguh dengan penuh istiqamah.

Selepas daripada itu Setiausaha Peperiksaan MARSAH Ustaz Othman Sahlan telah menyampaikan ulasan-ulasan berkaitan keputusan peperiksaan dang seterusnya mengumumkan senarai penerima Anugerah Dekan, pelajar DPI mewakili pelajar Malaysia manakala pelajar Usuluddin mewakili pelajar antarabangsa telah maeraih anigerah pelajar paling cemerlang.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Salleh b Sanwan telah merasmikan majlis anugerah dekan tersebut.



Alhamdulillah adik-adik bilik aku semuanya dapat dekan terutama syazwan yang cemerlang dapat 4.00 di ikuti azizi , amin , syafiq dan amzar cuma fauzi jer belum ade rezki untuk dapat dekan . Mudah-mudahan sem ni kami semua beroleh keputusan yang cemerlang.

Apa pun tahniah kepada semua yang menerima anugeraj dekan pada kali ini.


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

No comments: