Saturday, June 19, 2010

Friday, June 18, 2010

JODOH >>>>>>>>>>>. KESAH KER


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpautat kala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`



(renungan untuk diriku dan kite semua yang menjadi hambaNYA)

NASIB KO LAHHHHHH, NAK WAT CAM NER


Kalau lelaki handsome pendiam
Mereka akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Mereka akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Mereka akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Mereka akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Mereka akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Mereka akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Mereka akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Mereka akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Mereka akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
Mereka akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Mereka akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
meeka akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
mereka akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
mereka akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
mereka akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
mereka akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
mereka akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
mereka akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
mereka akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Thursday, June 17, 2010

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESSI 2009/2010

Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, kemurahan sifat Rahman dan Rahim NYA memberikan kita kehidupan di dunia ini dengan aman dan selamat dari mara bahaya.




Hari ini 17 Jun 2010 telah berlangsungnya satu majlis anugerah dekan sessi 2009/2010. Majlis yang berjalan dalam suasana aman dan damai, dimulakan dengan upacara protokol nyanyian dan di ikuti dengan satu slot motivasi yang disampaikan oleh Ybhg. Dr. Hj Ismail Mustari Ahli Lembaga Akademi MARSAH. Banyak perkara yang disampaikan yang menaikkan semangat mahasiswa/siswi untuk terus mengekalkan kecemerlangan yang ada, ia satu cabaran yang perlu disahut dengan bersungguh-sungguh dengan penuh istiqamah.

Selepas daripada itu Setiausaha Peperiksaan MARSAH Ustaz Othman Sahlan telah menyampaikan ulasan-ulasan berkaitan keputusan peperiksaan dang seterusnya mengumumkan senarai penerima Anugerah Dekan, pelajar DPI mewakili pelajar Malaysia manakala pelajar Usuluddin mewakili pelajar antarabangsa telah maeraih anigerah pelajar paling cemerlang.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Salleh b Sanwan telah merasmikan majlis anugerah dekan tersebut.



Alhamdulillah adik-adik bilik aku semuanya dapat dekan terutama syazwan yang cemerlang dapat 4.00 di ikuti azizi , amin , syafiq dan amzar cuma fauzi jer belum ade rezki untuk dapat dekan . Mudah-mudahan sem ni kami semua beroleh keputusan yang cemerlang.

Apa pun tahniah kepada semua yang menerima anugeraj dekan pada kali ini.


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, June 16, 2010

YANG MANE SATU NIIIIIIIII

Salam,

Lepas je taklimat GERKO kt dewab kluiah 2 tadi aku terus bergegas dgn adik2 bilik aku ke angsana, zizi nak tukar buku kt badan kerana ada helaian buku yg x de pada buku yang dibelinya semalam, aku pulak haaaaaaaaaa tengah gilerr nak cari camera. Kamera nikon yang ada ni mmg masih elok tp aku rasa macam nak wat bisnes bile ada kamera besar cikit ni, 2 jenis kamera ni yang aku tgh cari2



Canon 550D

Nikon D5000


hmmmmmmmmmmm member2 aku kt AADK mcm2 katanye, itu la ini la, hmmmm aku tunggu jga la bile balik BP baru cari dn bncg2 ngan member2 supaya aku dapat kamera yang terbaik, hmmmmmmm niat dihati nak beli ary ni jgak sbb esok kan ada anugerah dekan so boleh la aku minta abg staff kt MARSAH tu tlg capture2 kan pic kami yang dapat anugerah ni, nmpaknye x kesampaian laaaa pakai je la kamera yang ade ni, lg pun sejak2 ada balckberry ni aku pun dh x bwk kamera tu sbb kamera blackberry ni ok, ok nak siap2 malam ni kt bilik ada wt kenduri kesyukuran bagi bdak2 bilik yang dapat anugerah dekan dan sekali jgak tahlil arwah untuk arwah abah yang dh dekat 3 bulan pemergiannya ke rahmatullah..

Jumpa lagi

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa














Tuesday, June 15, 2010

SELAMAT KEMBALI KE MARSAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

Syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnia serta izin dan inayahnya saya kembali ke MARSAH untukmeneruskan pengajian dengan selamatnya..........

Sudah 3 hari berlalu sesi pengajian jun 2010 ni dan apabila melihatkan pensyarah2 menggunakan it sebagai pemudah cara kuliah maka dengan gigih saya juga mula kembali untuk mengaktifkan blog ini. Walau pun kadang2 isi blig ni yg bukan2 tapi sebaik mgkin kali ni hmmmm x kan ade kot bnda yg bukan2
.

Antara subjek sem 3 kali ini :

* P&P Bahasa Arab - Ustaz Hakim

* Pengajian Islam - Ustazah Maleha

* Bimbingan & kaunseling - Tuan Haji Mahali

* Fiqh II - Ustaz Hesamuddin

* Ulum Al-Hadith - Ustaz Hakim

* Pengukuran & Penilaian - Puan Normah

* GERKO - Sukan dan permainan


Yang menariknye semester kali ini pemantapan ilmu dan juga mua'iyasyah (budaya quran) dah ada jam kredit, x cukup jam kredit x boleh masuk periksa, so kena taat dan buat la yang terbaik.


Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang bakal menerima anugerah dekan pada esok petang dan diharapkan agr keputusan2 yang hebat akan terus dikekalkan hgga tamat pengajian dan menamatkannya dengan cemerlang.

Ada banyak cerita yang nk dicseritakan tapi x mengizinkannya kerana dah masuk wktu lunch hour so kena makan dulu dan kite akan sambung di episod yg akan datang.

daaaaaaaaaaaaa