Saturday, January 23, 2010

MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAKZIAH KEPADA KERABAT DIRAJA JOHOR



بسم الله الرحمن الرحيم

إنا لله وإنا إليه رجعون


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Saya selaku rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan DYMM Al-Marhum Al-Mutawakkil A'lallah As-Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum As-Sultan Ismail, Sultan yang dipertuan bagi negeri jajahan takluk Johor Darul Takzim pada hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 di Hospital Pakar Putri Johor Bahru pada jam 7.15 malam.



Ketika upacara bagi penghormatan terakhir semalam saya berkesempatan hadir bersama rakan dan merasa syahdu dan berlainan rasa keadaanya seperti selalunya. Saya sering beriadhah dikawasan Istana Besar pada hujung minggu bersama rakan-rakan dan susasana begitu lain dirasakan. Kami dibenarkan masuk ke dalam dewan besar Istana Besar lebih kurang jam 10.00 pagi. Pada mulanya saya tidak berniat pun untuk berbuat demikian untuk menziarahi Al-Marhum Tuanku, tetapi peluang ini tak selalu datang dan dengan izin Allah tanpa ada apa - apa halangan dengan tempat parking kereta yang mudah maka saya terus sahaja masuk keperkarangan Istana Besar bersama rakan. Suasana syahdu dengan iringan ayat-ayat suci Al-Quran mengiringi kami masuk kedalam dewan besar.

Selepas kami keluar dari dewan besar masih ramai lagi rakyat jelata yang ingin membuat penghormatan terakhir kepada Al-Marhum Tuanku Sultan. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Al-Marhum Tuanku dan ditempatkan di tempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang soleh.

Kepada Tuanku Sultan Ibrahim Ismail, kami rakyat negeri johor mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Tuanku dengan meneruskan kesinambungan yang sedia ada dan kami rakyat sekalian akan sentiasa mendoakan Tuanku agar sentiasa dirahmati oleh Allah dan di beri kesihatan dan aman damai dalam pemerintahan Tuanku.





Salam Takziah


Dari Rakyat Negeri Johor

Shah Al-Anuar



PEWARIS BANGSA

No comments: