Sunday, January 31, 2010

HUJUNG MINGGU YANG MEMBOSANKAN

السلام عليكم ورحمتة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia


Hmmmmm dah 2 minggu aku x blik kampung batu pahat, cuma ptg jumaat je balik kejap tu pun sebab ada Mesyuarat , ikut kan malas nak pegi , tp entry td dh citer segala-galanya kan , ha korang pkir la sendiri, aku tak singgah umah pun aku terus singgah rumah cikgu bedah propa2 siap makan malam lagi pastu aku terus balik jb bertemankan fauzi yang taat setia ikut aku kemane aje. sampai jb dalam kul 11 trus mandy2 n on9 tenet YM sampai kul 3 am kot pastu tetido sampai pagi.



SABTU

Aku bangun agak lewat gak dalam kul 10 aku baru sarapan. Lepas sarapan si Fauzi (budak muor) ajak aku pegi giant katanye nak makan ayam golek. Lbh kurang jam 11 lebih aku keluar gi giant tampoi. Mak aiiii sampai kt simpang nak belok ke giant tu jalan pulak sesak (kat tamn perumahan) aku ingat ada kenduri kawen rupanyer THAIPUSAM . lupa plak sabtu thaipusam kan. Kat kawasan giant tu ada kuil ha jadinyer kawasan parking giant tu penuh jer ngan orang2 yang nak g RAYE tu. Dengan kaki aku yang sakit terhencot2 dek kerana kena bisul kat jari kelingking tu, aku jalan dengan lemah gemalai dan lenggang lenggok macam itik pulang petang menuju tempat AYAM GOLEK, huhuhuhuhhu ada citer kenapa si Fauzi ni kemaruk nak makan ayam golek (SEKOR TAW DIA MAKAN SORANG) dah macam hantu raye , lain la aku kalau sekor habis memang padan la dengan badan aku kan. Sesampai je kt situ ayam2 tu tengah digolekkan. Wahhhhh Fauzi rezki kite la dapat ayam baru golek, nk menunggu 10 minit ayam tu baru siap aku g jalan2 dulu cari barang lain. X de mood nk shoping plak aritu dek kerana kaki aku yang sakit. Dah dapat beberapa barang keperluan aku terus g tempat ayam golek tu, perghhhhh bau ayam golek tu wat perut aku berzapin pulak. Kami order sorang satu. Muka abang tu macam tak cayer pulak. Dah siap aku terus gi bayar. Sesampai kat kaunter ada pulak minah yang tak tau tutup alur dengan muka yang ketat tengah membebel knp baju yang dia beli tu tak dilipat . Hey minah nampak sangat ko tak reti lipat baju dan ko tak pernah beli baju. Ko hengat orang kat kaunter tu bibik ko ker. Kalau ko nak cantek baju kau tu kau lipat la sendiri. Kalau aku aku jawap senang aje " ADA AKU KESAH BAJU KAU RENYOK TAK LIPAT". hehehehhee mesti trus blah minah2 tu.


Ayam Golek yang sangat sedap

Keluar je pintu giant tu ada plak stall jual cendol, si fauzi beli jagus cup tu yang aku tetibe plak tukar tak nak beli cendol aku tukar beli ais blend durian belanda. Okey la bley tahan dh nak hbis tetiba aku tertelan biji macam bubur cha cha tu, hade pulak mende tu dalam ais tu. Sblum sampai kolej aku singgah BBU bli air mineral yang 20 sen seliter tu berbotol2 dah siap terus balik.

Sampai bilik aku tengok si fauzi dah siap melapah ayam dia , hahahahahahaaa aku pun aper lg, ltak barang trus capai pinggan then melapah sama ayam golek tu (yang aku punye la). fuhhhhh nikmat sangat...... lepas siap makan aku sambung bkak tenet. tenet2 la. YM sekarang jadi kegilaan aku hmmmmm x fham btul lah. bleh plak aku terjebak dengan YM ni.

Malam aku tak kuar kemane2 duk bilik jer bertenet2 sampai kul 2 am.







AHAD





hmmmmm aku bangun cam bese , pastu aku jalan2 kat town yg agak sunyi pagi2 minggu ni pastu gi sarapan dkt2 makam diraja sebelah hotel thistle. Pastu aku blik jap amik baju2 kotor aku g hantar doby. Blik dh nak tengahari aku trus beli makan tengahari kat cafe. Sampai blik aku sambung tenet balik. YM, update blog yang kena maki hamun dengan aku tu kan , ha padan muka ko layak la kena sumpah seranah aku. lepas zohor aku tido jap bangun nak asar makan jap, bleh plak aku terlupa makan dek sebab tenet ni.



Hahhhhhh sangat boringkan ngadap laptop jer hjung minggu ni, niat hati asalnyer hjung mggu ni nak g kota tinggi nak mandi air terjun tapi tak kesampaian pulak nak mandy air terjun. ape pun kna happy jangan stress yea.



k daaaaaa kte jmpe entry akan datang.




Muahhhhhhhhhhhhhh




PEWARISBANGSA

Saturday, January 30, 2010

MESYUARAT SERANG MENYERANG NAIB PENGERUSI 1 PEMADAM DAERAH BATU PAHAT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Hari jumaat lepas satu mesyuarat jawatankuasa PEMADAM telah diadakan. Itulah Mesyuarat kali pertama saya hadir setelah saya dipilih oleh perwakilan untuk jawatan NAIB PENGERUSI 1 PEMADAM DAERAH BATU PAHAT. Hahhhh macam tak percayakan saya dipilih untuk jawatan no 3 selepas pengerusi daerah (Pegawai Daerah). Sepatutnye jawatan tu untuk orang-orang tua jerk, tetiba orang muda belia ni yang dapat jawatan tu, makanya dh tentulah ada macam-macam hal rasa tak puas hati kan . ADA AKU KESAHHHHH DENGAN RASA TAK PUAS HATI KAU TU....... boleh jalan ek kalau kau berangan nak suruh aku letak jawatan atas asbab aku rapat dengan AADK. Selidik dulu sebelum nak serang, ni senjata keris nak lawan bom nuklear belum ape-ape tentulah kau dah hancur dulu. ADA PAHAMMMMM.



dah la kau buat sangkak dengan PEMADAM anjur konon karnival PEMADAM UNGGUL RAKYAT SIHAT , aku rasa kau kena tukar nama karnival tu kalau kau nak buat akan datang dengan nama baru PEMADAM UNGGUL RAKYAT JAHANAM, yelah kau nak buat karnival gah2 pastu kau tipu rakyat dengan hadiah pertandingan merapu kau yang tak kemane tu. Eh pikir la dulu sebelum nak buat, kaji habis-habisan sebelum nak gerak , ni tak kau main terjah jerk, tu yang kau tergolek kt tengah jalan tu, lepas tu nak salah2kan orang lain tak betul, ADA AKU KESAHHHHHH, tu tugas kau, kau yang nak buat program gah2 tu ko la yang buat semuanya walau pun kau ada event manegement KATANYEEEE yang tak semane tu, lebih elok lagi program aku dengan AADK walaupun setengah hari GAHHHHHH TAW ....... ADA AKU KESAHHHHH ko punye program 10 hari tapi banyak sangkaknyer. Program baru satu dah nak berlagak , lepas tu aku punye program ada 12 ko sakit hati, ADA AKU KESAH DENGAN SAKIT HATI KAU YANG KUAT PROPAAAAAAA TU. Mulut kau dalam mesyuarat ke luar mesyuarat ker sama jer macam tak belajar law / protokol atau bahasa kampung UNDANG2 / Ucapan hormat . Ni bahasa LAPTOP jadi aku kau puaka celake ape2 ke belh guna kat cni, yelah ko kan tak taw guna laptop taw propaaaa jerk mulut mengalahkan puaka niyang rapek.




Apa pun aku ucap terima kasih la pada tok usop penghulu mukim peserai yang bagi teguran pasal biro aku kena banyak turun ke mukim2. Insya Allah aku akan cuba wat yang terbaik. ni masalah negara. masalah adakah tercapai sasaran negara bebas dadah 2015. Yang kau kerja nye nak kritik kerja orang kau , kerja kau orang malas nak kritik sebab nanti kau jawab kritikan tu dengan teguran PONTIANAK SUNDAL MALAM. hah memang tak kan orang kritik ko sebab nanti kau akan MENGILAI mengalahkan pontianak tu.


Pontianak ni pun kalah dengan mulut ko yang PUAKA tu


Hahhhh buat pengerusi biro penerbitan dan buletin bagus la cara kau tu nak wat pemplet tentang PEMADAM nak cerita tentang PEMADAM bagi rumah ke rumah dalam daerah batu pahat. TU SUME NAK MENGHABISKAN DUIT PEMADAM. heh sekaranagkan dah ada FACEBOOK, TWITTER, FREINDSTER, MYSPACE, BLOG WHATEVER LAAAAAHHHHHHHH itu lebih mudah dan menjimatkan , duit yang ko nak photostat pemplet tu ko bleh wat SHOPINGGG kat THAILAND atau cari sesuatu kat DANOK. OPPPSSSSS hmmm x taw la plak kan kalu kau pun tak taw nak guna TENET aka LAPTOP kate si puaka tu kan. X pe2 aku sebagai PENGERUSI BIRO LATIHAN akan tolong kerja2 kau tu, buka susah pun kan, register wt name dan dah boleh siar maklumat. Laman2 sosial lebih terkenal dan sering dilayari oleh golongan muda belia remaja. Yang tua pun ade siap ada group lagi kan tok wahit kan . glamor tok wahit and the gang, tabek springgg la tok wahit.... ha kalau ko tak pandai ko pegi belajar dengan tok wahit kalau ko tak nak belajar dengan aku, kot aku ni garang sangat kan mulut jahat sngat kan , ha ko pegi belajar dengan tok wahit.


HAAAAAAAHHHHHHHHHHHH Lepas tu korang dah penat kerje kan haaa boleh la ko habis kan duit PEMADAM yang ada 30 ribu hengget kot tu untuk g LAWATAN SAMBIL BELAJAR YANG DIPROPAKAN SETIAUSAHA KATANYE BUKAN G BELAJAR PUN G JALAN2 SHOPING kat maner HATYAI THAILAND WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO kelas ko nak belajar ape kat sane, ha LU PIKIR LA SENDIRI BEBBBBBBBB. NGERIIIIIII ada lebih baik duit yang ko nak belanja kan g tempat yang tak berfaedah tu ko wat program yang berfaedah untuk rakyat. aku anggap tu sume SUBAHAT so sblum ape2 aku tarik diri dulu , dah la subahat korang nak taw peginyer bile HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA HARI MAULIDURRASUL , ishhhhhhhhhhhhhhhhh MENGERIKAN, takutttttttttt YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA2 AKU DAN DOSA ORANG YANG NAK PEGI TU, JANGAN TERBALIK BAS SUDAH. esok nyer berita utama "SEBUAH BAS TERGOLEK YANG BERISI AJK PEMADAM BATU PAHAT DALAM PERJALAN KE HATYAI THAILAND" oooooooooooooohhhhhhhhh tidak ...... Jangan sampai rakyat membenci PEMADAM, moto dan cantek "DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT" korang terbalik kan pulak " DARI RAKYAT UNTUK AJK PEMADAM MELANCONG KE THAILAND" .

Lawatan Sambil Belajar aka SHOPING DALAM SAMPAN


Masalah tak selesai


ha takat tu je lah cerita nyer , MESYUARAT SERANG MENYERANG NAIB 1.

Ha kepada orang2 yang berkenaan , jangan berangan nak suruh aku letak jawatan atas asbab faktor aku muda aku baik dengan AADK aku banyak program, hey ingat yea PERWAKILAN PEMADAM yang pilih aku taw dalam mesyuarat . Perlawanan 1 lawan 1 .lawan dengan PENGHULU KANAN BATU PAHAT , tetiba PENGHULU TU KALAH, nasib tak kuar paper taw kalau tak ishhhhh malu yer , "PENGHULU KANAN BATU PAHAT KALAH DALAM PEMILIHAN JAWATAN NAIB PENGERUSI 1 DENGAN SEORANG BUDAK MUDA YANG BERUMUR 24 TAHUN". hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kalau pemikiran korang tetap dengan orang tua jer yang boleh pegang jawatan jawab yer esok kau mati KUBUR KAU ANAK CUCU KAU KENCINGKAN SAMPAI BANJIR. ADA PAHAAAAAAAAAAAAAAAAAMMMMM, tapi aku rasa ko x pham kot sebab ko mgkin x baca blog ni kan,,,, hahahahahahahaaa ko tguu je la kalau2 ada radio karat yang terbaca dan dia tenet dengan kelajuan yang tak terkira kat kau. dan lepas tu dalam mesyuarat nani ko serang aku balik,,, tu je la modal ko kannnnnn.

Dah la takat tu jer. penat plak jari aku ary ni nak naip cerita ni.......

ADA KOMEN TINGGALKAN JER KAT BAWAH TUUUUU jangan serang pulak dalan mesyuarat. korang yang baca blog ni sume terpelejar da pandai kan dan ada adab sopan, so ape pun aku mintak maaf la atas bahasa aku yang tak berapa elok dalam entry ni.

K Terima kasih

PEWARIS BANGSA

Wednesday, January 27, 2010

BERZANJI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.


Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.

Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-majlis dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah), acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid perkampungan, biasanya jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.


Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang dilakukan secara bersama-sama dengan bayi yang baru lahir dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah memegang bayi tersebut, kemudian diberi titisan minyak wangi.


Dewasa ini, bacaan berzanji semakin berkurangan walaupun Buku Berzanji masih mudah didapati.Yang masih kekal hanyalah dikampung-kampung itu pun hanya orang lama sahaja yang tahu membacanya. Orang muda pula macam-macam katanya hinggakan ada yang mengatakan membaca berzanji itu syirik, Nauzubillah, kalau tak tahu dan tak nak baca senyap-senyap sudah lah ini siap kata macam-macam lagi pulak.


Amalan atau kita boleh panggil sebagai budaya yang baik ini harus dikekalkan kerana ia sangat unik dan mengingatkan kita kepada sirah Baginda Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..


Alhamdulillah , kita di Negeri Johor ini masih mengekalkannya dan mebuat usaha untuk mengekalkannya dengan adanya matapelajaran Berzanji di Sekolah Agama. Sekolah Agama Negeri lain tak ada yea. Ini adalah satu usaha yang baik agar Berzanji tidak dilupakan dan akan menjadi tradisi amalan yang baik.


Kami pelajar MARSAH dalam kursus pendidikan yang mengambil subjek GERKO diwajibkan untuk mengambil aktiviti berzanji , marhaban dan nasyid bagi memahirkan diri dan ada ilmu tentang perkara yang berkenaan agar mudah apabila kami keluar nanti akan dapar meneruskan usaha yang baik dengan menghidupkan budaya Berzanji. Jadi pada hari semalam kami yang telah diberikan beberapa kumpulan telah membuat persembahan Berzanji , marhaban dan nasyid. Alhamdulillah kesemuanya telah dapat menghayati apa yang telah diajarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Noh dan masing - masing berjaya membuat persembahan yang terbaik.


Kalau dahulu Berzanji popular dengan lagu Sikah , Rast dan Raghbi tetapi kini ia lebih berkembang lagi dengan ada jawab lagu-lagu tersebut seperti Maya dan Hijaz. Melihatkan perkembangan ini seharusnya ada pihak-pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memberi maklumat kepada orang-orang muda yang sepatutnya menjadi pelapis kepada perkara yang baik ini.


Saya mengharapkan agar Berzanji ini akan terus berkekalan sampai bila-bila dengan diwariskan dengan cara yang terbaik.


Sekitar Persembahan Berzanji, Marhaban dan Nasyid GERKO DPI Sem 2













Tuesday, January 26, 2010

AYAT - AYAT CINTA

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.
بسم الله الرحمن الرحيم: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.الحمد لله: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.أستغفرالله: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.إن شا الله: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.لاحول ولا قوة إلا بالله: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.إنا لله وإنا إليه راجعون: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.لاإله إلا الله : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.


Jadikan lah ayat-ayat cinta ini sebagai wasilah (zikir setiap hari)cinta kita kepada Allah Yang Maha Esa, yang mana kasih dan rahmatnya tidak terhingga untuk kita hamba yang hanya layak menerima apa sahaja yang telah ditentukan olehNYA.


الفقير الى الله

شاه الأنوار



PEWARISBANGSA

Saturday, January 23, 2010

BERKABUNG


Peraturan berkabung telah digariskan kerajaan negeri. Tempoh berkabung telah ditetapkan selama 7 hari bagi rakyat Johor dan 40 hari bagi kerabat Diraja. Bendera negeri akan diturunkan setengah tiang dari jam 6 pagi hingga 6 petang bermula dari tarikh pemakaman baginda. Pakaian perkabungan adalah seperti berikut.

Lelaki Melayu
Pemakaian tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.

Lelaki bukan Melayu
Pemakaian satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam.

Pasukan beruniform
Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.

Perempuan Melayu
Pemakaian tudung putih.

Perempuan bukan Melayu
Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Untuk menghormati kemangkatan Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar marilah sama-sama kita melaksanakan apa yang sudah ditetapkan sepanjang tempoh berkabung dan diharapkan jangan ada yang mempertikaikan tentang hal perkabungan ini.Kita anggap ia sebagai satu adat jika tidak ada nas dalam syariat yang menyatakan tentang perkabungan. Dan kita anggap ia sebagai satu tanda hormat kepada pihak Istana.

Sekian


Shah Al-Anuar


PEWARIS BANGSA

MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAKZIAH KEPADA KERABAT DIRAJA JOHOR



بسم الله الرحمن الرحيم

إنا لله وإنا إليه رجعون


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Saya selaku rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan DYMM Al-Marhum Al-Mutawakkil A'lallah As-Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum As-Sultan Ismail, Sultan yang dipertuan bagi negeri jajahan takluk Johor Darul Takzim pada hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 di Hospital Pakar Putri Johor Bahru pada jam 7.15 malam.



Ketika upacara bagi penghormatan terakhir semalam saya berkesempatan hadir bersama rakan dan merasa syahdu dan berlainan rasa keadaanya seperti selalunya. Saya sering beriadhah dikawasan Istana Besar pada hujung minggu bersama rakan-rakan dan susasana begitu lain dirasakan. Kami dibenarkan masuk ke dalam dewan besar Istana Besar lebih kurang jam 10.00 pagi. Pada mulanya saya tidak berniat pun untuk berbuat demikian untuk menziarahi Al-Marhum Tuanku, tetapi peluang ini tak selalu datang dan dengan izin Allah tanpa ada apa - apa halangan dengan tempat parking kereta yang mudah maka saya terus sahaja masuk keperkarangan Istana Besar bersama rakan. Suasana syahdu dengan iringan ayat-ayat suci Al-Quran mengiringi kami masuk kedalam dewan besar.

Selepas kami keluar dari dewan besar masih ramai lagi rakyat jelata yang ingin membuat penghormatan terakhir kepada Al-Marhum Tuanku Sultan. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Al-Marhum Tuanku dan ditempatkan di tempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang soleh.

Kepada Tuanku Sultan Ibrahim Ismail, kami rakyat negeri johor mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Tuanku dengan meneruskan kesinambungan yang sedia ada dan kami rakyat sekalian akan sentiasa mendoakan Tuanku agar sentiasa dirahmati oleh Allah dan di beri kesihatan dan aman damai dalam pemerintahan Tuanku.





Salam Takziah


Dari Rakyat Negeri Johor

Shah Al-Anuar



PEWARIS BANGSA

Thursday, January 7, 2010

KORANG INGAT KORANG BEST.. BACA ARTIKEL NIE

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH





Shah Al~anuar

PEWARISBANGSA

Tuesday, January 5, 2010

CATATAN TAHUN BARU 2010

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Sejak dari awal tahun saya belum memulakan sebarang entry dalam blog ni, pg ni semasa kelas pedogogi (kelas ketua jabatan tuan hj jumaat abu bakar) saya tergerak untuk menulis sedikit corat coret dari 1 januari hingg ke hari ini.

Saya tertarik pada malam ambang malam tahun baru , ketika itu saya menghadiri satu forum perdana di dataran peggaram sempena Karnival PEMADAM Unggul Rakyat Sihat yang diadakan selama 10 hari, lama kan, PEMADAM banyak duit la katakan, hmmm yang nak dikatakan bukan banyak duit tapi yang nak diperkatakan ialah bagaimana secara tidak langsung forum yang diadakan itu terpaksa didengar oleh keluarga remaja belia dan orang-orang yang tak sangka nak pergi dataran sangkaannya ada countdown tetapi ada forum ceramah pulak, Saya bersama rakan-rakan yang duduk dikerusi hadapan sambil memerhati gelagat tergelak-gelak melihat gelagat mereka yang agak tak puas hati, Tapi itulah hakikat yang mereka kena dengar dan terima , dah la malam jumaat nak huha huha pulak, tak patut tu. Cara yang baik adalah itu cara yang terbaik hahahahaha tak faham kan, ha fikir lah sendiri......, . Sambil-sambil jamuan selepas forum saya berbisik dengan ustazah hajah zabidah mahadi, saya kata " ha bulan september nanti penuh la hospital yea cikgu bedah", dia mengangguk je, saya sambung lagi " ha ah msti ada bayang2 hitamkan kat muka baby tu" sebab ape saya kata macam tu , suatu ketika cikgu bedah ni pernah cerita kat saya yang mana melalui satu pembcaan satu kitab ada menulis, sape2 yang membuat perhubungan ketika gerhana ada kebarangkalian jika ada hasil anak, anak itu akan berbayang dimukanya, lg satu sape yang "watie" pada malam raya "anak nye terlebih satu jari " ..... ha sejauh mane kebenarannye meh kita tanye sape yang ada ciri2 yang saya tuliskan tu............ , Malam tahun baru tu kan gerhana , jadi sekarang saya ckup bimbang tentang masalah gejala sosial yang melanda........... ha macam mane tu, ha fikirkan la yea.

Selain itu menurut pemerhatian umum tahun 2010 adalah tahun banyak orang sakit mental, apa tak nye, awal tahun suami bunuh isteri dengan serkup selimut dan masukkan dalam almari, kemalangan ngeri bas (bg pemandu2 bas yang mental lah kalau tidak tak kan lah boleh kemalangan sebegitu sekali), semalam sekeluarga mati dibunuh yang mana salah sorang nyer adalah bekas imam.hah x gila tu imam di bunuhnyer, ish3 ngeri ......, haaa sape bace berita harian semalam pasti nampak saya keluar paper,citer aper, bukan citer saya giler sakit mental masuk tampoi, tapi giler glamour jerk , masuk la sikit paper ruangan johor tentang karnival PEMADAM kat dataran penggaram tu beramah mesra dengan wakil YAB Dato' Menteri Besar Johor iaitu YB Dr. Hjh Robia Dato' Hj Kosai semasa melawat tapak pameran.

Apa pun diharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tahun 2010 ni.

Maaf lah sape2 yang tak faham baca entry ni sbb apa, saya pun dah mula macam nak gila2kan blog ni ,,, hehehehehehe


Salama Kemaafan


PEWARISBANGSA



Hmmmmm maaf la kalau ada yang ta