Wednesday, August 27, 2008

KUASA AHLI

Salam.................

Setelah ketandusan isu yang ingin ditulis dalam blog ini akhirnya penantian berakhir dengan satu sumber cerita daripada sahabat-sahabat yang yang setia terhadap parti yang disayangi.

Alkisah perhubungan negeri telah menerima beberapa pucuk surat daripada cawangan-cawangan yang bersidang dengan luahan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada. Cerita yang lebih mengejutkan lagi ada cawangan-cawangan yang diarah bersidang semula atas asbab yang tidak diketahui. Lihat lah wahai sekalian ahli UMNO bangkit dan belajarlah menulis surat-surat cinta beracun kepada pucuk pimpinan tertinggi agar orang-orang yang merasakan diri nya hebat akan kecut dan takut dengan kebangkitan sekalian ahli yang sedar akan kuasa yang ada pada tangan mereka.

Begitu juga dengan pencalonan, ahli juga punya hak dan kuasa untuk menentukan siapa yang mereka rasakan layak untuk memimpin mereka kelak, jika kepimpinan sekarang diteruskan maka rosaklah parti dan pemimpin masa hadapan dengan setiap kuasa itu akan diwarisi ahli keluarga dan cawangan sahaja.

Mereka merasakan diri mereka hebat sehinggakan mereka lupa akan perkataan "ADA LAGI" kalau mereka rasa diri mereka berkuasa ada lagi yang lebih berkuasa, kalau mereka rasa mereka kaya ada lagi yang lebih kaya, tapi tak tahu pula kalau dia rasa dialah segala-galanya di sana sehingga lupa asal usul datangnya dari mana.

Bangkit wahai sekalian ahli UMNO, kepimpinan ini sudah mengajar untuk kita jadi kurang ajar terhadap kepimpinan mereka, mahukah anda semua jadi seperti lembu yang dicucuk hidung, ke mana mereka arah pergi dengan taat setia anda turut, tak salah rasanya sesekali kita "menderhaka" terhadap pemimpin yang derhaka kepada bangsa.

Bangkitlah semua dari semburan asap-asap kemenyan yang disemburkan kepada semua ahli bagi menurut kehendak nafsunya. Jangan kita bersubahat dalam memimpin pemimpin yang akan menjahanamkan bangsa. Mahukah kita semua mewarisi bangsa yang bangsat daripada pemimpin yang laknat yang akan menjahanamkan kita semua kelak. Jangan, jangan sekali-kali kita bersubahat dalam membuat perkara ini. Kita punya kuasa untuk merubah dan segalanya kita serah kepada YANG MAHA BERKUASA ...........................

Salam perjuangan
PEWARIS BANGSA

ANWAR TIDAK MUNGKIN JADI PM - MAHATHIR

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.
``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

KUASA AHLI

Salam.................

Setelah ketandusan isu yang ingin ditulis dalam blog ini akhirnya penantian berakhir dengan satu sumber cerita daripada sahabat-sahabat yang yang setia terhadap parti yang disayangi.
Alkisah perhubungan negeri telah menerima beberapa pucuk surat daripada cawangan-cawangan yang bersidang dengan luahan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada. Cerita yang lebih mengejutkan lagi ada cawangan-cawangan yang diarah bersidang semula atas asbab yang tidak diketahui. Lihat lah wahai sekalian ahli UMNO bangkit dan belajarlah menulis surat-surat cinta beracun kepada pucuk pimpinan tertinggi agar orang-orang yang merasakan diri nya hebat akan kecut dan takut dengan kebangkitan sekalian ahli yang sedar akan kuasa yang ada pada tangan mereka.
Begitu juga dengan pencalonan, ahli juga punya hak dan kuasa untuk menentukan siapa yang mereka rasakan layak untuk memimpin mereka kelak, jika kepimpinan sekarang diteruskan maka rosaklah parti dan pemimpin masa hadapan dengan setiap kuasa itu akan diwarisi ahli keluarga dan cawangan sahaja.
Mereka merasakan diri mereka hebat sehinggakan mereka lupa akan perkataan "ADA LAGI" kalau mereka rasa diri mereka berkuasa ada lagi yang lebih berkuasa, kalau mereka rasa mereka kaya ada lagi yang lebih kaya, tapi tak tahu pula kalau dia rasa dialah segala-galanya di sana sehingga lupa asal usul datangnya dari mana.
Bangkit wahai sekalian ahli UMNO, kepimpinan ini sudah mengajar untuk kita jadi kurang ajar terhadap kepimpinan mereka, mahukah anda semua jadi seperti lembu yang dicucuk hidung, ke mana mereka arah pergi dengan taat setia anda turut, tak salah rasanya sesekali kita "menderhaka" terhadap pemimpin yang derhaka kepada bangsa.
Bangkitlah semua dari semburan asap-asap kemenyan yang disemburkan kepada semua ahli bagi menurut kehendak nafsunya. Jangan kita bersubahat dalam memimpin pemimpin yang akan menjahanamkan bangsa. Mahukah kita semua mewarisi bangsa yang bangsat daripada pemimpin yang laknat yang akan menjahanamkan kita semua kelak. Jangan, jangan sekali-kali kita bersubahat dalam membuat perkara ini. Kita punya kuasa untuk merubah dan segalanya kita serah kepada YANG MAHA BERKUASA ...........................
Salam perjuangan
PEWARISBANGSA

Thursday, August 21, 2008

IBARAT TELOR DI HUJUNG TANDUK

Begitulah perumpamaan yang boleh saya berikan kepada Ketua Bahagian yang angkuh dan bongkak itu apabila dia sendiri terpaksa meminta sendiri nyawa pencalonan ketua bahagian pada oktober ini. Katanya berkuasa , kataya dialah yang buat segalanya di tempatnya sehingga tidak mampu orang mencabarnya...... tetapi apa yang dapat dilihat di sini mengikut sumber sahabat yang boleh dipercayai Ketua Bahagian itu sudah tidak senang duduk nampaknya.

Apa sudah jadi ni, nampaknya raya kali ini mesti tidak meriah seperti raya-raya yang lepas, sebab apa ye? Duit dah habis kot bagi kat orang semata-mata untuk dapat pencalonan undi. Wah ini sudah dikira politik wang lain pula cerita nya , sungguh banyak cerita yang perlu diulas.

Saya tertarik dengan tulisan Tun Dr Mahathir di bawah ini yang mana beliau sendiri turut dapat merasakan akan gejala yang kian meruncing di peringkat bahagian. Apa tidak nya, mereka ini tahu akan kesalahan yang mereka lakukan tetapi atas asbab harta , pangkat dan kemewahan yang mereka dapat itu mereka lupa sehingga meminta-minta pencalonan jawatan yang akan menambahkan hartanya kelak. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.
Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu jika orang Melayu tidak berubah.


Salam Perjuangan

PEWARISBANGSA

RASUAH UMNO

1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.

2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.

3. Baru-baru ini saya telah dapat maklumat daripada beberapa pemimpin UMNO bahawa rasuah, iaitu pemberian duit yang tidak kecil jumlahnya dan pemberian lain-lain, telah dilakukan untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda.

4. Lebih daripada 150 ahli telah dikenalpasti yang akan mencabar ketua-ketua bahagian yang ada sekarang dengan diberi sogokan wang yang besar. Ada pula Ketua Bahagian yang diberi kontrak projek Kerajaan supaya mencalonkan calon tertentu.

5. Mereka yang menjadi Ketua Bahagian sekarang yang akan dicabar dan dijatuhkan tahu dan sedar yang rasuah ini sedang berlaku. Mereka kecewa. Tetapi mereka tidak sanggup mendedah secara tepat dan terbuka orang yang memberi sogokan dan siapa yang mereka dikehendaki mencalon dan menyokong dan lain-lain butir dan maklumat berkenaan kegiatan rasuah ini. Mereka yang disogok pula tidak sanggup membuat apa-apa laporan.

6. Mereka sedar bahawa rasuah yang berleluasa dalam UMNO ini akan menghancurkan parti, dan merosakkan masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tetapi mereka masih berharap apabila mereka sudah tidak jadi Ketua Bahagian, tidak jadi ahli atau memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, apabila mereka tidak lagi jadi Menteri atau Timbalan Menteri, mereka mungkin diberi saguhati dengan dilantik sebagai Senator dan melalui saluran ini mungkin dapat jadi Menteri lagi, atau dapat jadi pengerusi syarikat GLC, atau jadi penasihat berpangkat Menteri kepada PM atau pengerusi badan-badan lain, atau dijadikan duta dan lain-lain, semuanya dengan elaun-elaun yang lumayan juga.

7. Oleh kerana harapan ini mereka sanggup melihat rasuah berleluasa dalam UMNO, melihat UMNO hancur, melihat orang Melayu diperhambakan, menjadi golongan yang miskin dan tidak berkuasa dalam negara, merosakkan negara. Tidak ada seorang pun daripada mereka, daripada Timbalan Presiden sehingga ke ketua cawangan, yang akan sanggup mendedah secara jelas, mengeluar 'statutory declaration' berkenaan rasuah yang akan hancurkan UMNO dan menghakis apa sedikit daripada kuasa orang Melayu di negara ini yang masih ada.

8. Mereka ini berharap orang luar daripada UMNO, NGO (Badan bukan Kerajaan) Melayu akan menyelamat UMNO supaya mereka yang tersingkir akan dapat kembali jawatan-jawatan mereka.

9. Semua ini berlaku kerana presiden UMNO membenar ianya berlaku. Sebagai Perdana Menteri beliau dipercayai akan selamatkan mereka yang terlibat dengan mengguna rasuah untuk mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO daripada apa-apa tindakan jika laporan dibuat kepada Jawatan Kuasa Disiplin Parti atau Badan Pencegah Rasuah.

10. Perjuangan 62 tahun UMNO akan menjadi sia-sia kerana UMNO sudah dilanda gejala rasuah dan tidak lagi dapat perjuangkan tujuan-tujuan yang UMNO ditubuh. Perjuangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang tertumpu kepada mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Kerana semua mereka sudah terlibat dengan rasuah, samada memberi atau menerima, tiada ada siapa yang ingin bertindak memberhentikan jenayah ini.

11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.

12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.

13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.

15. Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu.

By Tun Dr Mahathir

TERIMA KASIH

Asslamualaikum dan salam sejahtera

Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya berikan setakat ini kepada sahabat-sahabat yang memberikan semangat buat saya dalam mangharungi perjuangan yang belum selesai ini. Ada sahabat yang bersimpati atas apa yang berlaku kepada saya pada tempoh hari lau saya mengambil keputusan untuk keluar dari parti buat seketika ini. saya siarkan antara ucapan yang menarik perhatian saya :-


TAKBIR!!ALLAHUAKBAR...HIDUP MELAYU BUKAN KERANA UMNO.HIDUP MELAYU KERANA ISLAM.TAHNIAH KERANA SEDAR AKAN KEPINCANGAN KEPIMPINAN UMNO SEKARANG.RAMAI PEMUDA SUDAH SEDAR AKAN HAL INI,SEMANGAT PERJUANGAN UMNO SUDAH LARI DARI LANDASANNYA.INI DAPAT DILIHAT DARIPADA CARA PENGURUSAN NEGARA YANG BANYAK DIPENGARUHI OLEH KORUPSI DAN KRONI.LIHAT KEPADA EKONOMI NEGARA YANG SEMAKIN MERUNCING,JIKA HAL INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK,MAKA BUKAN SETAKAT MELAYU HILANG KEWIBAWAAN,HAK-HAK MELAYU JUGA HILANG DEK PERMAINAN PEMIMPIN UMNO.OLEH ITU SAYA MENYERU SAUDARA UNTUK BERFIKIR SEJENAK SAMADA PERJUANGAN SAUDARA SESUAI DENGAN UMNO WALAUPUN 10 TAHUN LAGI,MARILAH KITA BERSAMA DENGAN PARTI YANG BERASASKAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN HAK YANG LAIN,IAITU PARTI YANG MEMERLUKAN IDEA SEGAR DARI PEMUDA SEPERTI SAUDARA.BERSAMA MEREALISASIKAN HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA. PAS UNTUK SEMUA....................................................

dari gaban_bp

Terima kasih dan salam perjuangan

PEWARIS BANGSA

Tuesday, August 19, 2008

KETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Sunday, August 17, 2008

DEMOKRASI

1. Pengasas-pengasas negara kita Malaysia telah pilih sistem demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara kita.

2. Ini bukanlah sistem asli kita. Sistem kita ialah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

3. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.

4. Kematangan orang Melayu dalam selok-belok demokrasi diperlihat pada pemilihan ahli Badan Perundangan Persekutuan (Federal Lagislative Council) pada tahun 1955. Walaupun 80% daripada pengundi adalah orang Melayu dan hanya sebilangan kecil kawasan-kawasan mempunyai majoriti bukan Melayu, pengundi Melayu rela mengundi calon Perikatan bukan Melayu supaya British dapat lihat kesanggupan orang Melayu korban peluang diri mereka dan bekerjasama dengan bukan Melayu. Dengan itu maka berjayalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

5. Pencapaian Pilihanraya 1955 dan kefahaman demokrasi oleh UMNO telah dicerminkan sebelumnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati pada 1951.

6. Di masa orang Melayu mula bergerak dalam bidang politik dan timbul keperluan untuk mengadakan satu pertubuhan bagi mengumpul tenaga mereka, mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa. Mereka irihati melihat Indonesia dengan Sukarno-nya, dengan Mohd Hatta-nya, pemimpin-pemimpin yang berkarisma yang disanjung oleh semua rakyat Indonesia, yang terkenal diseluruh dunia.

7. Orang Melayu tidak punyai pemimpin yang begitu hebat. Mereka mencari-cari dengan hati yang berat.

8. Alangkah leganya mereka apabila dapat dikenal pasti seorang orang Melayu yang berkaliber, yang punyai latar belakang perjuangan yang berani.

9. Dato Onn Jaafar adalah orang berprinsip dan tegas. Apabila dia tidak bersetuju dengan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya dia sanggup berhenti kerja dengan Kerajaan Johor dan membuat kerja sendiri. Dia memang seorang nasionalis. Tidak hairanlah yang dia muncul sebagai pemimpin Melayu yang cemerlang dan layak diterima oleh orang Melayu dari semua negeri-negeri Melayu sebagai pemimpin nasional bangsa Melayu.

10. Dia telah buktikan kebolehannya dengan membentuk pertubuhan politik Melayu yang sah dan pertama di Malaya. Di bawah panduan dan pimpinannya, sistem demokrasi dipilih bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau Perkembar yang kemudian lebih terkenal sebagai UMNO (United Malays National Organisation).

11. Dibawah pimpinan Dato Onn, UMNO bersama Raja-Raja menentang Malayan Union ciptaan British sehingga Malayan Union terpaksa digugur.

12. Persekutuan Tanah Melayu yang mengganti Malayan Union dan mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja berperlembagaan adalah sumbangan Dato Onn yang amat tinggi nilainya kepada orang Melayu. Semua orang Melayu menyanjung tinggi kejayaan kepimpinan Dato Onn Jaafar.

13. Amat malang sekali putar belit oleh British telah berjaya mempengaruhi pemimpin Melayu yang ulung ini dan dia telah terima saranan British supaya membuka keahlian UMNO kepada semua kaum.

14. Pengaruh Dato Onn memang kuat tetapi tidak mencukupi untuk menukar prinsip dan pemikiran orang Melayu pada masa itu. Walaupun ada pemimpin tinggi UMNO yang bersetuju dengan Dato Onn, tetapi majoriti tidak bersetuju.

15. Persaingan diantara Dato Onn berserta rakan-rakannya dengan pemimpin-pemimpin lain yang diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Hussein dilakukan dengan tertib, mengikut semua prinsip-prinsip demokrasi. Tidak ada kempen yang kotor. Masing-masing terdorong dan berpegang teguh kepada kepentingan orang Malayu dan negara Melayu. Tidak ada kepentingan diri yang ditunjukkan, samada oleh Dato Onn atau Dato Abdul Razak Hussein yang tidak bersetuju dengannya.

16. Prinsip demokrasi dipegang kuat oleh kedua-dua pihak. Menganggap penolakan cadangannya sebagai usul tidak percaya maka Dato Onn meletak jawatan.

17. Tetapi kumpulan pimpinan Dato Razak tidak berebut-rebut untuk mengganti Dato Onn sebagai Yang di-Pertua UMNO walaupun ada seorang dua yang berminat. Sebaliknya kerana mengutamakan perjuangan parti untuk Bangsa, Agama dan Tanahair, mereka rela mencari calon daripada luar kumpulan mereka.

18. Yang mereka pilih ialah Tunku Abdul Rahman Putra, yang pernah menyokong Saberkas, satu daripada pengasas UMNO. Tunku tidak terlibat secara langsung dengan penubuhan UMNO atau aktiviti-aktiviti politik UMNO. Namun semangat nasiolisma belau tidak boleh dipertikaikan.

19. Pencalonan Tunku sebagai Yang di-Pertua UMNO mendapat sokongan daripada hampir semua ahli dan pemimpin UMNO. Tidak ada tekanan oleh mana-mana pihak supaya Tunku diterima dan tidak ada apa-apa kempen untuk memburuk dan menolak namanya. Peralihan jawatan daripada Dato Onn kepada Tunku berjalan dengan licin dan tenang. UMNO selamat dan terus mendapat lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.

20. Penerimaan Tunku akan jawatan Yang di-Pertua UMNO dan pelepasan jawatan berkenaan oleh Dato Onn bukan kerana keinginan untuk menjadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri. Tindakan kedua-dua mereka disebabkan oleh perbezaan pendapat berkenaan dengan cara untuk menjayakan pejuangan, cara mencapai kemerdekaan untuk negara. Kepentingan diri atau cita-cita besar bagi diri sendiri tidak termasuk dalam perhitungan pemimpin besar Melayu ini. Mereka adalah patriot yang sebenar yang sanggup mengamalkan demokrasi walau apa pun akan terjadi pada diri sendiri.

21. Pada tahun 1971 sekali lagi kita ditunjuk pegangan Tunku yang kuat akan prinsip-prinsip demokrasi. Menyedari bahawa sokongan kepadanya sudah berkurangan, Tunku telah tarik diri daripada jawatan Yang di-Pertua UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dengan itu Tun Razak telah dicalon dan dipilih sebagai Yang di Pertua UMNO yang baru. Tunku tidak cuba mengekalkan kedudukannya dengan menghasut, mengugut atau menyogok pemimpin kecil dan besar UMNO serta ahli supaya menghalang Tun Razak daripada mengambilalih jawatannya. Tunku juga tidak cuba sogok Tun Razak dengan janji akan letak jawatan dan menyerahnya kepada Tun dalam masa tertentu.

22. Pemimpin-pemimpin kecil dan besar UMNO dan ahli-ahli UMNO memain peranan yang diharap daripada mereka dalam badan yang mengamalkan demokrasi. Menyedari bahawa Tunku tidak lagi dapat memenuhi kehendak dan hasrat perjuangan Melayu dan UMNO, mereka tidak cuba mengambil kesempatan bagi diri mereka supaya disogok. Sebaliknya mereka rela melepaskan Tunku dan menerima Tun Razak.

23. Jika demokrasi tidak mendatangkan kebaikan, percayalah sebabnya bukan sistem ini tidak baik. Sebabnya ialah oleh kerana mereka yang diberi hak mengundi untuk menentukan nasib negara dengan memilih wakil dan pemimpin yang ikhlas dan jujur tidak menggunakan hak ini dengan bijak. Kerana takut atau kerana utamakan kepentingan semasa diri sendiri, atau kerana sanggup disogok, mereka menggunakan kuasa undi mereka dengan cara yang salah, dengan mengundi dan menyokong calon dan pemimpin yang mereka tahu telah abaikan tanggungjawab dan rosakkan parti.

24. Pucuk pimpinan pula, menyedari akan ketakutan dan keutamaan bagi diri sendiri dan lemahnya semangat juang ahli dan pemimpin kerdil dalam parti tidak segan-segan memperalatkan sifat ini untuk mengekalkan kedudukan dirinya dan konco-konconya.

25. Dengan ini maka demokrasi gagal mendatangkan kebaikan kepada pengamalnya.

by Tun Mahathir chedet.com

AUKU - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama - hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.


by TUN MAHATHIR chedet.com

PEMUDA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA

8 Mac 2008 Barisan Nasional dikejutkan dengan tsunami penolakan yang amat nyata dengan kekalahan dan rekod terburuk BN. Pengundi di saluran 3 dan 4 yang merupakan golongan muda jelas tidak menyebelahi kita apabila majoritinya telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.

Itu fenomena PRU 12 (tahun 2008). Cuba kita bayangkan menjelang PRU13 nanti jika trend ini berterusan, sekiranya golongan muda yang mengundi pembangkang ini meneruskan penolakkan mereka dan akan ditambah pula dengan kira-kira 4 juta pengundi baru yang akan mula mengundi pada PRU 13 nanti. Mampukah BN mengekalkan kemenangan tipis ini sedangkan PRU 12 menyaksikan BN hanya memenangi 52% undi popular iaitu hanya berkelebihan 2% sahaja. Faktor itulah yang perlu dipandang serius oleh semua ahli UMNO terutama pemuda.

Daripada situasi di atas, Faktor Pemuda harus dipandang serius oleh ahli UMNO. Hakikat yang yang perlu disedari adalah golongan muda akan menjadi penentu dalam PRU akan datang. Oleh yang demikian, Pemilihan Pemuda kali ini juga sebenarnya amat penting sebagai memenuhi aspirasi rakyat bagi memacu UMNO menghadapi suatu pilihan raya hidup mati UMNO pada 2012/2013 nanti. Pemuda perlu dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang boleh diterima dan mampu menarik golongan pemuda di peringkat akar umbi untuk mendekati UMNO.

Dikala Persidangan Pemuda di peringkat cawangan sedang rancak berlangsung banyak ucapan-ucapan yang kita dengar berkaitan kepincangan pemerintahan pembangkang di negeri-negeri yang mereka tadbir. Kesan daripada kekalahan PRU12 banyak dibincangkan tetapi sebab-sebab kekalahan PRU12 itu sendiri terus ditinggalkan termasuklah faktor KJ yang menjadi tajuk perbualan hangat selepas PRU12 lalu. Keadaan UMNO yang semakin tenat terus dilupa. Akibatnya pemilihan dan pencalonan di peringkat pemuda menjadi kurang fokus terhadap usaha memulihkan UMNO sebaliknya menjadi medan mengejar jawatan.

Di sesetengah bahagian, persaingan dalam mendapatkan pencalonan Pemuda berlaku begitu sengit sekali. Persoalannya ialah adakah pencalonan ini dilakukan atas dasar kredibiliti dan aspirasi yang akan dibawa oleh calon atau pun semata-mata atas pengaruh lain seperti kasihan, kenalan atau percaturan politik menggunakan kuasa wang?. Mampukah Pemuda menolak pengaruh wang dalam memberikan pencalonan serta undi mereka? Adakah pemuda benar-benar sedar dengan ketenatan UMNO hari ini dan faham bahawa pencalonan dan pemilihan kali ini begitu penting demi survival UMNO yang akan datang?.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa sebagai ahli UMNO biasa mereka tiada kuasa dalam menentukan pemimpin di peringkat tertinggi, malah ada yang langsung tidak memikirkannya dalam mencalonkan Ketua Pemuda Bahagian Dan Wakil Ke Pusat (G2). Itu merupakan suatu kesilapan yang besar. Dikala UMNO tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin di peringkat atasan untuk membawa aspirasi rakyat, kuasa ahli-ahli UMNO akar umbi menjadi amat penting.

Ahli UMNO seharusnya kenal pemimpin yang akan mereka pilih di peringkat bahagian. Mereka harus tahu siapa pemimpin di peringkat pusat yang mahu mereka dokong atau calonkan nanti. Begitu juga bagi calon G2. Walaupun undi di peringkat pusat itu rahsia sekurang-kurangnya ahli di peringkat cawangan perlu tahu siapa pemimpin yang mungkin akan dipilih. Jangan nanti perwakilan mereka pulang dari PWTC dengan wang beribu-ribu sedangkan pemimpin yang kita kasihi kecundang begitu saja dan pemimpin ala samseng terus bermaharaja lela di singgah sana.

Kesedaran ini amat penting. Susur galur pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat harus dikenal pasti sebelum pencalonan dan pemilihan dilakukan terutama jawatan Ketua pemuda bahagian dan wakil G2. Janganlah hanya kerana RM 50 atau RM 100 kita rela menggadaikan maruah diri yang akhirnya menghapuskan UMNO selepas PRU 13 nanti.

Percayalah penentu Ketua Pemuda Malaysia antara Mukhriz, Khir Toyo dan KJ adalah di tangan semua ahli pemuda UMNO. Sama-sama kita memilih calon ketua pemuda bahagian dan perwakilan G2 yang betul agar aspirasi rakyat boleh dibawa bersama hingga ke puncak. Itu adalah perjuangan yang harus dilakukan sebagai usaha mempertahankan UMNO demi agama, bangsa dan negara. Tolak calon yang jelas dibenci oleh rakyat dan sokong calon yang membawa aspirasi rakyat, nescaya dengan itu golongan muda akan kembali menyokong UMNO. Jangan nanti kita salahkan pengundi kerana tidak mengundi UMNO dan BN sedangkan tangan kita sendiri yang melakukan kesilapan itu. Fikirkanlah.

PERALIHAN KEPIMPINAN

"Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.

Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.

Umum tahu bahawa UMNO, BN dan parti-parti komponennya sudah rosak teruk dan tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat lagi setelah lima tahun Dato Seri Abdullah menerajui Parti dan Kerajaan. Buktinya ialah kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum ke-12, 2008. Belum pernah BN kalah sebegini dalam sebelas Pilihanraya Umum yang terdahulu, termasuk pada tahun 1969.

Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.

Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.

Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.

Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.

Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.

Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.

Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi Negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.

Dalam Negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.

Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.

Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.

Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.

Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah. Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.

Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.

Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.

Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN.

Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.

Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.

Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.

Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.

Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam.

Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.

Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.

Ingatlah beberapa Menteri Besar yang begitu yakin mereka akan terus jadi MB, akan terus mengagih peluang jadi Exco, peluang untuk kekayaan dan dengan itu menyatakan dengan kuat sokongan mereka kepada Dato Seri Abdullah, Presiden UMNO, hari ini jadi ketua pembangkang, terpaksa tinggal mahligai mereka dan tidak boleh beri gula-gula kepada yang mencium tangan mereka.

Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.

Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.

Ingatlah kalau UMNO kalah Pilihanraya Umum ke-13, ia tidak akan kembali berkuasa walau siapa pun yang memimpinnya.

Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

by Tun Mahathir

KETUA BAHAGIAN YANG SYIRIK


Salam,

"HIDUP MATI MAKAN TAK MAKAN PERJALANAN SEMUANYA DI BAHU PAK LAH"

Itu lah yang di ucapkan seorang ketua bahagaian yang angkuh dan bongkak di dalam persidangan tahunan cawangan pada malam nisfu syaaban.

استغفر الله العظيم
أشهد ان لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

Beristighfar panjang saya apabila mendengar kembali ucapan itu melalui rakaman yang saya buat pada malam itu. Ketua bahagian ini seolah - olah menjadi jelmaan FIRAUN yang mana selepas ini kita boleh panggil MAHA KETUA BAHAGIAN .
استغفر الله العظيم ini kah pemimpin yang ingin dicari. Si angkuh ini berkata saya hilang pertimbangan di dalam memilih pemimpin . Tak kan saya nak pilih pemimpin yang biadab dan tidak ada displin ketika mesyuarat boleh menghisap rikok di depan ahli persidangan . Dan adakah saya nak bagi saham sekali untuk memilih pemimpin yang syirik. Tidak jawapan saya. Saya tidak menyebelah mana - mana pihak tetapi tuan-tuan dan puan-puan boleh fikir sendiri lah sama yang penting TEPUK DADA TANYA IMAN, kalau tanya SELERA boleh jadi syirk.

Alhamdulillah ALLAH masih sayangkan saya dan menyelamatkan saya daripada mencadang dan menyokong seorang pemimpin yang syirik dan munafik . NAUZU BILLAH.

Kepada perwakilan yang terpilih untuk menjadi perwakilan di peringkat bahagian fikirlah lah dengan sewajarnya, kalau perlu solat istikharah solat lah , mohon pertunjuk daripada ALLAH . Saya akan terus mendoakan agar semua nya selamat.


Saya menulis ini berdasarkan bukti yang mana ucapan ketua bahagian itu ada saya rakamkan.

Kalau berminat untuk mendengar ucapan itu hantarkan alamat email kepada saya syah.putra@ymail.com


Salam Perjuangan


PEWARIS BANGSA

ISYTIHAR KELUAR PARTI


Salam.....

Saya SHARUL ANUAR B SAIM no ahli 03385471 dengan ini mengisytiharkan keluar daripada umno kerana pucuk pimpinan di bahagian sudah tidak memerlukan suara orang muda lagi. Dan saya dikatakan tidak bijak memilih pemimpin. Saya juga dikatakan lajak daripada orang tua.

Ingin saya mengambil perhatian semua, mungkin ada yang memperlekehkan apa saya boleh buat bila sudah keluar daripada parti, tetapi ingat saya orang muda yang berada di IPT. Hampir 99% orang muda yang ada di IPT sudah tidak suka kepada UMNO, jelak muak benci dengan kepimpinan UMNO. Mereka akan tertanya-tanya orang muda yang selama ini menyatakan hidup mati akan bersama UMNO kenapa tiba-tiba pula dia keluar. Mesti ada sebab musabab nya. Dan apabila saya memberikan jawapannya sudah tentu orang muda akan lebih benci dan tidak suka lagi kepada UMNO.

Saya megucapkan ribuan terima kasih kepada ketua bahagian yang telah memberi tunjuk ajar macam mana saya nak kafan dan kebumikan UMNO.

Saya masih sayangkan UMNO, saya tidak benci kepada UMNO, tetapi yang saya benci dan meluat adalah kepimpinan sekarang yang berada di dalam UMNO.

Buat masa ini saya tidak akan masuk mana-mana parti untuk meneruskan perjuangan saya. Saya akan kembali meyertai UMNO semula apabila kepimpinan bertukar. Kalau 10 tahun lagi baru tukar maka 10 tahun lagi lah saya akan menyertai UMNO semula , itupun kalau UMNO masih ada ..................


Salam Perjungan


PEWARIS BANGSA

Saturday, August 9, 2008

RASUAH POLITIK BOLEH MENGHANCURKAN PARTI

SEJAK bermulanya mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO bulan lalu, difahamkan sudah banyak laporan rasuah politik diketengahkan kepada pucuk pimpinan parti. Tidak hairanlah jika Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Mustapha Mohamed dalam laporan akhbar Jumaat lalu turut menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah politik yang dianggapnya sebagai terburuk pernah berlaku dalam pemilihan UMNO.
Mungkin ada benarnya telahan beliau kerana gejala politik wang nampaknya semakin merebak hingga ke akar umbi. Ini baru sahaja mesyuarat cawangan-cawangan dan belum pun bermula pemilihan di peringkat bahagian mahupun pusat. Kalau di peringkat cawangan pun sudah berleluasa budaya sogokan wang, tidak dapat dibayangkan penulis apa akan berlaku waktu pemilihan bahagian dan pusat kelak.
Apa yang dikhuatirkan jika budaya rasuah politik ini dibiar merebak di kalangan ahli hingga ke peringkat akar umbi, sudah pastilah parti akan semakin lemah dan goyah terutamanya dalam suasana politik semasa yang penuh mencabar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

PERTIMBANGAN MEMILIH KETUA

Kehadiran Muhammad SAW sebagai pemimpin politik jika yang diingininya sekadar harta kekayaan atau inginkan kehormatan dan kemuliaan, hatta untuk jadi raja, semua itu adalah tidak sulit. Namun hakikat bukan serendah itu cita-citanya dan keinginan Nabi SAW kerana semua itu akan menghalang misi dakwah dan perjuangan baginda.
Ingatlah dalam ilmu politik ada istilah power tends to corrupt yang bermaksud 'kekuasaan cenderung kepada penyelewengan.' Maknanya pengertian kepimpinan itu sendiri adalah kekuasaan di mana ia boleh membawa seseorang lupa diri sehingga mengabaikan segala yang dijanjikan dan dicita-citakan. Akhirnya kehancuran yang akan diterimanya.
Justeru Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kepimpinan itu akan menjadi kedudukan yang diperebutkan di antara kamu dan pada hari kiamat kelak hal itu akan menjadikan kamu penuh penyesalan." (Hadis riwayat Bukhari)
Kepimpinan yang lahir hasil daripada kesulitan dan pengorbanan yang tulus seperti mana Nabi Muhammad SAW dengan penuh sabar menghadapi para pengikutnya yang disiksa dengan kejam, yang memungkinkan orang lain tidak berdaya untuk menanggung beban kepimpinan seperti itu.
Inilah kepimpinan yang lahir daripada satu proses yang tersendiri, kental sehingga terbentuk keperibadian tulen dan bukan keperibadian yang terbentuk daripada hasil pengaruh kekayaan atau pengaruh dalaman atau kronisme.
Imam Ghazali pernah menyatakan: "Apabila suatu tujuan teramat suci dan mulia, sukarlah jalan yang harus ditempuh, dan banyaklah penderitaan yang akan ditemui di tengah jalan."
Namun realiti tidak banyak pemimpin yang benar-benar berjiwa besar tapi lebih kepada besar nafsunya. Yang banyak dibicara ialah tentang projek itu dan ini, isteri berapa, jenis kereta yang dipandu dan yang dikira ialah harta kekayaan yang dimilikinya. Jauh sekali untuk mengambil secebis iktibar daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW yang sekadar tidur di atas tikar walhal ia adalah pemimpin besar jazirah Arab yang disegani pihak Rom dan Parsi.
Tuntutan mencintai ini harus berlandaskan ajaran agama bukan hawa nafsu. Tidak sedikit pemimpin hari ini melaksanakan dorongan fitrahnya melalui jalan yang salah kerana awal-awal lagi niatnya telah salah dan bertujuan kepentingan diri daripada membantu orang yang di bawah pimpinannya.
Bagi pemimpin yang meletakkan kemewahan menjadi matlamat utamanya, dengan sedikit kekuasaan di tangan, ia boleh melakukan 1,001 tipu daya dengan mengeksploitasi rakyat demi kepentingan diri. Dalam keadaan seperti ini rakyat bagaikan lembu dicucuk hidungnya, ditarik-tarik lehernya ke sana ke mari semahunya. Segala hajat hidupnya dihitam putihkan oleh sekelompok manusia yang disebut Allah SWT sebagai "para penguasa yang melakukan kejahatan, juga kerap disebut sebagai "orang yang hidup mewah".
Pengaruh golongan ini cukup kuat dalam membentuk watak manusia agar menghormatinya. Jika ada siapa yang berani menentangnya maka orang yang berjaya dibelinya itu akan mempertahankannya dan ikut sama menentang. Bahkan tidak sedikit yang rela mati untuk membela tuannya, yang tak lain para pemeras keringatnya.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan para pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan para ulama mereka menangani hukum dengan adil, juga Allah jadikan harta benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan para pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak buruk. Dijadikan-Nya orang-orang bodoh menangani hukum dan keadilan, dan harta benda dikuasai orang-orang yang kedekut." (Hadis riwayat Ad-Dailami)
Lebih ditakuti lagi ialah peringatan Nabi Muhammad SAW dalam satu sabdanya yang bermaksud: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk daripada bangkai." (Hadis riwayat At-Thabrani).
Kepimpinan yang baik ialah yang dapat menunaikan atau melaksanakan keperluan masyarakat. Jangan kita mencemuh orang yang menunggu di depan pintu rumah kita untuk sesuatu keperluan. Waspadalah kita daripada sifat buruk ini. Jika seseorang telah datang kepada anda kerana suatu kepentingan, maka janganlah kita menyibuk diri dengan hal-hal lain seperti buat-buat sibuk dengan ibadah sunnah.
Kepimpinan yang mementingkan diri sendiri tidak ada dalam kamus kelayakan dipilih sebagai pemimpin. Kepimpinan sebenarnya adalah amanah bukan kekuasaan. Kepimpinan adalah tugas dan tanggungjawab bukan keistimewaan.
Dalam memilih pemimpin yang baik, al-Quran memberi petunjuk secara tersurat atau tersirat dalam pelbagai aspek kehidupan awal manusia, termasuk persoalan "Siapakah yang layak kita pilih".
Dalam hal ini al-Quran membicara dua sifat utama yang harus dimiliki bagi seseorang yang dipertanggungjawab memikul sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal-hal masyarakat.
Contoh yang jelas ialah pelantikan Nabi Yusuf sebagai Ketua Perbendaharaan Kerajaan Mesir oleh rajanya dan diabadikan pula oleh al-Quran. "Sesungguhnya engkau menurut penilaian Kami adalah seorang yang kuat lagi dipercayai." (Al-Quran surah Yusuf ayat 54)
Kelalaian melaksanakan kewajipan ini bermakna pemimpin tersebut telah mengkhianati amanah Allah dan mensia-siakan rakyatnya.
Bencana yang paling mengerikan ialah bergelumangnya para penguasa yang menyalahi syariat dan telinga-telinga mereka tertutup bagi setiap pemberi nasihat dan pemberi petunjuk.
Kita harus waspada dan jangan sampai termasuk ke dalam golongan yang disebut Allah dalam firmannya yang bermaksud: "Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Surah Al-Qasas ayat 41)
Lebih dahsyat lagi Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Pada hari Kiamat didatangkan seorang laki-laki, lalu dilemparkan ke dalam neraka, usus daripada perutnya terburai, lalu dia berputar seperti keldai yang berputar di sekitar penggilingan. Para penghuni neraka mengerumuninya dan berkata: "Wahai Fulan, mengapa kamu seperti ini? Bukankah kamu memerintahkan kepada kebaikan dan melarang kemungkaran? Dia berkata: 'Ya, saya memerintahkan kebaikan, namun saya sendiri tidak melakukannya dan saya melarang kemungkaran namun saya juga melakukannya."
Justeru, dalam usaha kita membuat pilihan antara seorang pemimpin atau ketua yang baik dengan pemimpin yang tidak baik, pertimbangan yang waras dan penuh tanggungjawab perlu diutamakan demi kepentingan bangsa dan agama serta kehidupan generasi yang akan datang.

PEMIMPIN PERLU BIJAK MEMIMPIN

TANGGUNGJAWAB sebagai pemimpin amat berat untuk dilaksanakan. Ia tidak sekadar dinilai di dunia, bahkan adalah antara amalan yang menjadi perhitungan berat di akhirat kelak. Setiap pemimpin akan menghadap Allah dan disoalkan apakah yang telah dilakukan berkaitan amanah sebagai pemimpin.
Antara ciri pemimpin yang baik ialah mengasihi dan mengambil berat soal kebajikan orang dipimpin, menyediakan keadaan selamat, selesa dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi.
Oleh itu setiap pemimpin perlu mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua pihak. Semua perancangan dilakukan dengan teliti, bijak, fleksibel, berasas dan memahami keperluan semasa bagi membantu kejayaan.
Pemimpin yang baik tidak sekadar melaungkan slogan retorik, tetapi apa lebih penting ialah memahami kebenaran dan kesan terhadap apa yang diucapkan. Pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan tidak bermegah dengan jawatan dipegangnya.
Mana-mana pemimpin yang menggunakan slogan, hukum, kata-kata dan keputusan mutlak daripadanya sebagai senjata mengabuli mata rakyat, sedangkan ia tidak benar dan tidak mampu dilaksanakan, sebenarnya telah melakukan pendustaan yang menyesatkan diri dari jalan kebenaran.
Sesungguhnya setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa diucapkan. Ucapan pemimpin adalah janji, arahan, kenyataan dan mungkin juga dianggap hukum. Sebab itu, pemimpin tidak wajar mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut.
Individu bergelar pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan janji dusta sebagai perangkap meraih sokongan. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana ia adalah antara kezaliman lidah yang melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur-unsur kebenaran.
Justeru, pemimpin perlu menjauhkan perbuatan dusta dan mengubah perkara yang berkaitan kepentingan umum secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri. Perbuatan itu samalah perbuatan khianat terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat atau ahli.
Satu lagi sifat mulia yang perlu dimiliki pemimpin ia sanggup menerima kritikan daripada orang bawahan. Kritikan adalah cara memperbaiki keburukan dilakukan pemimpin. Pemimpin juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
Pemimpin yang mengaku kesilapan sebenarnya pemimpin paling amanah dan benar.

Thursday, August 7, 2008

KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN

Tanyalah pada diri sendiri apakah tujuan kita menceburkan diri dalam politik hari ini. Adakah kerana kedudukan dan pangkat? Kerana wang Ringgit? atau perjuangan sejati demi agama, bangsa dan negara? Adakah Pertahankan Ketua Bahagian itu satu perjuangan? Atau mendesak Ketua Bahagian berundur itu satu derhaka atau juga merupakan suatu perjuangan?
Dalam perjuangan yang murni tetapi sukar ini sememang kita akan berhadapan dengan cabaran yang kuat. Mungkin kita hadir dari kem dan pentas yang berbeza yang mempunyai rentak dan cara yang berlainan. Mungkin juga kita mempunyai pendapat tersendiri tentang bakal pengganti yang akan naik memegang tahta. Mungkin juga antara kita mempunyai matlamat tersendiri dalam pemilihan yang akan datang. Namun demi perjuangan ini saya benar-benar merayu agar kita dapat mengenepikan seketika apa juga agenda peribadi demi memfokuskan perjuangan yang sebenar.Dalam perjuangan sebegini sebenarnya sungguh banyak anasir-anasir luar yang akan mengganggu. Akan banyak parasit yang akan cuba mempengaruhi dan merosakkan. Akan ada ketidakpuashatian dalam beberapa tindakan. Namun selagi kita berpegang kepada asas matlamat perjuangan, ikhlas dalam tindakan dan tidak cepat melatah, pastinya perjuangan akan mencapai kejayaan.Saya suka mengingatkan kembali kata-kata Tun Dr Mahathir semasa ucaptama di 'Forum Umno Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat' yang lalu, dimana Tun berkata "saya berasa amat sedih dalam keadaan yang genting ini kita masih menumpukan perhatian kepada tafsiran sama ada kita menghadapi malapetaka atau musibah." Mesej Tun amat jelas. Keadaan UMNO sekarang amat genting. Oleh itu kita wajar mengenepikan perkara-perkara yang remeh temeh dan harus terus fokus terhadap matlamat kita yang jelas. Mari lah kita semua sama-sama bermuhasabah, terus berganding bahu bergerak dengan melupakan agenda peribadi kita buat seketika. Kita perlu bersatu.
HIDUP MELAYU , HIDUP UMNO SELAMANYA

Wednesday, August 6, 2008

UGUTAN & POLITIK WANG

Salam,

Beberapa maklumat yang saya terima sepanjang malam tadi melalui rakan - rakan yang prihatin amat mengejutkan saya.Setiap ketua kampung dan ketua cawangan yang memberi undi kepada ketua bahagian akan menerima RM 10K dalam bentuk projek dan pemuda pula akan menerima RM 5000. Sangat lumayan apabila mendengarnya. Tetapi terfikirkah kita akan musibah yang akan melanda. Kalau tidak pada waktu sekarang mungkin pada masa hadapan. Ugutan demi ugutan di berikan bagi memastikan undi diberikan pada si ketua itu. Sebagai ahli yang bertanggungjawab untuk tidak melihat parti yang kita sayangi itu dikafankan dan talkinkan kelak kita harus melakukan suatu perubahan yang saya rasa agak drastik. Jika di dalam bidang agama kita akan mendengar perkataan TAJDID (perubahan), begitu juga di dalam politik kita harus melakukan tajdid. Yang paling peting tepuk dada tanya IMAN, kalau kita tepuk dada tanya selera...... tentulah selera akan jawab RM 10K ....... RM 5000 rosak iman kita di buatnya.
Hati saya tidak begitu senang apabila cerita politik wang ini di ceritakan kepada saya. Saya tidak mahu mewarisi bangsa yang penuh dengan anasir - anasir yang tidak sihat, kalau tidak sihat tentulah perkembangan bangsa itu akan terbantut dan menyebabkan bangsa akan lemah dan hancur. Siapa yang mahu melihat bangsa nya di hina, siapa yang mahu melihat bangsa nya dipijak-pijak oleh bangsa lain. Jawapannya ada pada anda semua.
Mengelak perpecahan , mengekalkan perpaduan di dalam parti itu hanya cakap-cakap untuk menyenangkan ahli sahaja tetapi hakikat yang dapat di liat ada suatu perkara lain yang berlaku. 1ok dn 5000 kepada ketua cawangan dan pemuda di pihak wanita pula tidak kurang hebatnya , tawaran jawatan tertinggi kononnya mahu diberikan . Ini semua boleh menyebabkan ahli dan juga rakyat bertambah muak dengan perlakuan ini. Cukup-cukuplah kita tidak dapat 2/3di di dalam parlimen jangan pula nanti kerajaan yang sedia ada ini akan bertukar menjadi pembangkang.
Ingatlah walau apa pun yang kita lakukan TEPUK DADA TANYA IMAN

JANGAN SEKAT ATAU PERKECIL PANDANGAN ANGGOTA CAWANGAN,

OHOR BAHARU 31 Julai — Pemimpin UMNO tidak sepatutnya menyekat mana-mana anggota parti di peringkat cawangan daripada menyuarakan pandangan mereka mengenai pucuk pimpinan parti dan negara, kata Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, anggota parti di peringkat cawangan berhak mengikut Perlembagaan UMNO mengeluarkan pandangan tentang pucuk pimpinan parti dan pandangan tersebut tidak boleh diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

“Mereka (anggota cawangan) rasa agak terlibat untuk menyuarakan hasrat atau perasaan tentang kepimpinan negara. Kita tidak boleh memperkecilkan pandangan ahli-ahli di bawah itu kerana mereka ahli parti dan di dalam Perlembagaan, mereka mempunyai hak untuk bersuara.”

“Kita mengamalkan demokrasi di dalam UMNO, jikalau mereka hendak bersuara kita tidak boleh menghalangnya, nanti mereka kata kita ini kuku besi,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis minum petang dengan anggota-anggota UMNO Johor di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang meminta anggota-anggota cawangan berhenti daripada mencalonkan nama-nama pemimpin untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pemimpin parti meminta cawangan menghentikan usul mencadangkan pemimpin sebagai calon pada pemilihan UMNO Disember ini.

Pencalonan pemimpin-pemimpin itu hanya dilakukan di peringkat Bahagian, kata mereka.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), walaupun calon-calon yang akan bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini akan ditentukan oleh UMNO Bahagian, tetapi pandangan daripada anggota cawangan tidak boleh diketepikan.

“Soal sama ada ia (pencalonan oleh anggota cawangan) itu akan di ambil berat oleh peringkat Bahagian atau nama-nama yang dicalon (oleh cawangan), itu adalah soal yang lain.”

“Mereka merasakan ada sesuatu yang luar biasa dan jika mereka hendak memberi pandangan, biarkanlah,” katanya.

Apa yang lebih penting kata Muhyiddin, adalah pandangan dan hasrat anggota parti di peringkat cawangan itu tidak diperkecil dan disekat.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin UMNO tidak seharusnya memperkecil-kecilkan anggota di peringkat cawangan kerana ramai di antara mereka merupakan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan berpengetahuan tinggi.

“Saya juga merupakan anggota UMNO di peringkat cawangan, walaupun saya Naib Presiden UMNO,” katanya. – Bernama (Utusan On-line 31 Julai 2008, 7:06pm)

MALAYSIA DILANDA KRISIS KEYAKINAN?

Hasil kajian – Voter Opinion Poll – oleh Merdeka Center yang diumumkan baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini sedang dilanda krisis keyakinan yang parah.

Hanya 7 peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Pada waktu yang sama, hanya 8 peratus responden amat bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi Perdana Menteri yang baik, 26 peratus agak bersetuju, 21 peratus amat tidak bersetuju, dan 26 peratus lagi agak tidak bersetuju.

Hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa UMNO memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati. Responded yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), 8 peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah “favourable”. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya “favourable” berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak “favourable” mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).

Anwar Ibrahim

Sementara itu, responden yang sangat berpuashati dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah 9 peratus sementara yang sangat tidak berpuas hati adalah 13 peratus. Bagaimanapun, golongan yang agak berpuas hati adalah 48 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 10 peratus.

Mengenai tuduhan salah laku seks oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 11 peratus sahaja responden yang percaya sementara 55 peratus langsung tidak mempercayainya. Sementara itu, 8 peratus responden tidak memberikan apa-apa respon dan 26 peratus tidak tahu apa-apa.

Di kalangan responden Melayu, 11 peratus percaya dengan tuduhan salah laku seks membabitkan Anwar, 50 peratus tidak mempercayainya dan 31 peratus tidak tahu apa-apa. Di kalangan responden Cina, 11 peratus percaya dan 59 peratus tidak percaya. Di kalangan responden India, 13 peratus percaya dan 75 peratus tidak percaya.

Di kalangan seluruh responden, 66 peratus setuju bahawa apa yang berlaku adalah tindakan bermotif politik untuk menjejaskan kerjaya siasah Anwar. Hanya 13 peratus sahaja tidak setuju dengan kesimpulan ini.

Hasil kajian di atas mungkin tidak boleh dijadikan satu indikator mutlak kepada seluruh isu yang dikaji. Tetapi, cukup untuk rakyat jelata mendapatkan gambaran jelas sebagai asas kepada seluruh perkembangan siasah di Malaysia mutakhir.

Perincian kajian ini yang sepenuhnya boleh diakses menerusi http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Rele

Salam Perkenalan

بــــسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat Dan Salam ke atas baginda nabi MUHAMMAD SAW dan sekalian para sahabat,

Di kesempatan ini saya melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin NYA telah dapat saya mewujudkan blog saya sendiri, yang mana kita sedia maklum kita sudah berada di alam yang saya kira cukup hebat walaupun ianya hanya sedikit ilmu sahaja yang dikurniakan oleh NYA.

Tujuan mewujudkan blog ini hanyalah sekadar minat dan ingin menambah kenalan blogger yang mana pada ketika ini mempunyai isu atau perkara yang hangat dan hebat di perkatakan khususnya rakan-rakan yang berada di arena siasah.

Saya rasa setakat ini dahulu dan kepada semua blogger dapat lah memberikan komen yang membina bagi memperbaiki penulisan saya.

Sekian dahulu daripada saya

PEWARIS BANGSA